Friday, October 19, 2012

Bukannya sombong

Assalamualaikum...semua...ape khabar hari ni...

Malam tadi masa zana tengah buat keje opis kat umah.....sampai nak jam 2 pagi....emmm buat broshure jer....lama sangat hihihi....macam biasa zana mesti bukak fb ngan u tube... Zana kalau bukak je fb mesti ada je yg nak ajak borak..lagi bila tgh2 malam....biasa la kawan2 lama kan....dan yg lama2 sangat tu.....zana tak kisah...tapi kebanyakannya melalut jer...

Zana memang memilih kalau berborak dalam fb ni..takut melalut sampai ke benda2 sensitif...hish gangguan seksual la macam2 la..Semalam ada la mamat ni..dia pm zana..tapi zana tak balas..malas zana nak layan dia......dia boleh kutuk zana pulak..kata dah tak ingat member lama la macam2 la..emm entah la...zana dgn mamat ni bukannya kenal sangat pon dulu.... Tapi dia ni jenis macam hish...takut la..

Nak je zana rasa nak balas yg zana ni bukannya sombong....tapi fikir 100x bila nak balas pm dia tu..takut makin panjang dan merepek2 pulak..emm sudahnyer tak siap pulak keje zana...

Emm biaq pi situ la..yang penting zana tak kacau dia..tetiba rasa macam nak remove jer dia dari senarai kengkawan fb zana..hmm pelik la kenapa masih ada yg mcm ni sedangkan zana ni dah kawin...ada keluarga sendri... emm silap zana dulu layan sangat bila org pm...pm ni...hmm sekarang ni..terima lah padahnyer :( hmm takdelah zana nak melayan orang2 yang mcm ni...

So zana bukannya sombong tau..cuma berhati-hati jer  :)

Sunday, October 14, 2012

Cantik

Hai semua!!!  

Hmm bila dah mula dapat berblog ni...mesti nak menulis jer...kali ni zana nak cerita pasal cantik pulak..

pssst...emm nak tau tak...dulu ada sorg pakcik kat opis zana selalu puji zana cantik..dan dia cakap zana sama sebijik macam bekas girlfriend lama dia dulu...ceh wah hihih....sampai setiap hari lah mesti dia masuk opis zana semata2 nak jumpe, berborak ngan jengok zana...sekarang orang tu dah pencen.. emm takde la setiap hari dia jenguk zana..sunyi pulak dia takde hihihi rindu ker huhuhu...eh zana anggap dia sebagai pakcik saudara jer...zana harap dia sekarang melalui zaman pencen dia dengan banyak aktiviti menarik bersama keluarga tercinta...ok habis situ je... :)

CANTIK..kalau tgk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka..cantik ni salah satu maknanya ialah dpt menimbulkan kesenangan atau kegembiraan kpd perasaan apabila dipandang; menarik atau manis. kat mukasurat berapa kamus tu zana tak tau la hahahaha alah bukak je google kamus tu hmmm keluar la semua difinasi cantik. tapi bila kita taip image cantik kat google...hmm keluar semua gambar2 perempuan kebanyakannya yg seksi meksi jer..mungkin istilah cantik yang en.google faham ialah perempuan yang seksi itu cantik kot hehhehe...gatal en. google ni tau huhuhu...

Sebab apa zana nak bercrite pasal cantik ni kerana jawapan suami zana bila zana tanye dia pasal istilah cantik iaitu:
Kecantikan seseorang wanita itu bukan terletak hanya pada rupa paras dia....sebenarnya pertuturan dan tingkahlakunya yang banyak mempengaruhi...walaupun dia cantik cemane pun, senyuman menawan, ayu wajahnya....tapi bila bercakap... suka bertempik2 dan memaki2.. ketawa berdekah2..emm hilanglah semua serinya..ZERO!! 
zana tertanya2 jugak adakah semua lelaki berfikiran macam tu..mereka suka kan wanita yang sopan santun, lembut bila berbicara...menjaga tingkahlaku...tapi mungkin ada juga yang suka wanita yang outspoken kan...suka yang kecoh2..bising2...emm pendapat masing2. 
 Cantik ni boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan...ceh wah macam prof pulak dah...
1. kumpulan yang pertama... wanita itu sememangnya cantik luarannya...
2. kumpulan yang kedua... wanita itu cantik dalaman...
3. kumpulan yang ketiga... wanita tu cantik luaran dan dalaman...
Okay...zana tak nak cerita setiap kumpulan tu..tapi zana nak cerita berkenaan maksud luaran dan dalaman tu jer...kalau cantik luar ni semua maklum kan..hanya cantik sebab wanita tu dah sememangnya cantik dan pakaian cantik dan make up pun cantik..tu la cantik luaran...orang yang memandang seronok melihat dia. Cantik dalaman ni kita akan nampak bila kita dah lama kenal dia.. dengan melalui percakapan yang sopan, tingkahlaku yang menyenangkan..tu la cantik dalaman...tu la ada bila suami handsome..isteri tak cantik langsung...yang isteri punyerlah cantik..suami hmm hancuss hihihi...tu la namanye cantik hati.. orang kita akan nampak orang tu tak cantik tapi pasangan dia akan nampak dia cantik..sebab..sebab hati dia yang cantik...tulah cantik dalaman..kalau cantik luaran dan dalaman korang dah boleh bayangkan kan...alangkah seronoknyer kalau kita ni cantik luar dan dalaman kan....tergolong dalam kumpulan yang ketiga tu hihihi...
Tetiba zana teringat tv astro al-hijrah kot...ada ustaz ni cakap JANGANLAH KITA RISAU DAN SUSAH HATI DENGAN SEGALA KEKURANGAN KITA..TAPI RISAULAH DAN BERJAGA-JAGA DENGAN KELEBIHAN YANG KITA ADA"...KELEBIHAN ITU SELALUNYA BUAT KITA MAKIN JAUH DENGAN ALLAH...subhanallah...
so kita-kita yang tak cantik ni jangan risau ok..org yg cantik2 tu sebenarnyer yg perlu risau hihihih sebab bila dia rasa dia cantik dia akan sentiasa rasa bangga diri dan semakin jauh dgn Allah...so kita ni patut bersyukur... kita dicipta dengan paras rupa cemane sekali pun..semoga kita sentiasa beringat....... :) babai jumpe lagi

Sejarah NowFhaL JPS Malaysia

Hai semua!! Assalamualaikum...



Lepas zana menulis pasal Festival Nasyid NRE 2012 tadi...Tetiba tergerak pulak hati ni nak bercerita pasal sejarah tertubuhnya kumpulan NowFhaL di JPS ni..

Okay ianya bermula dengan email dari Cik Sazliana (bos zana sekarang ni)  kepada warga JPS berkenaan penyertaan terbuka kepada semua yang berminat untuk menjadi ahli nasyid JPS Malaysia. Zana pada masa tu masih bertugas di Bahagian Hidrologi (tengah tahun 2010) hantar la email pada Cik Sazliana ni maklum pada dia yang suami zana Firdaus bin Mohd Mubin adalah bekas penyanyi nasyid Politeknik Shah Alam dulu (hihihihi tanpa pegetahuan suami zana). Zana tulis dalam email tu zana mintak rahsiakan identiti zana yg bagi maklumat ni daripada firdaus hihihi...Balik rumah jer suami zana cite la yang dia dapat email dari Sazliana pasal mintak masuk nasyid...dia pelik cemane org leh tau dia nasyid dulu....zana dgr diam jer...tapi dalam hati zana dah gelak besar hahahhahaha....yg bestnyer sbb cik sazliana pegang janji...tak bgtau siapa yg bagi maklumat yang mengatakan firdaus boleh nyanyi nasyid dan bekas nasyid poli...tapi last2 zana bgtau jugak la kat dia selang beberapa hari sape yg bgtau cik sazliana pasal dia huhuhu...dia gelak jer...nasib baik tak marah..zana mmg tak selesa nak berahsia ngan dia apa2 cerita pun...

Tak lama tu jer zana dapat pulak surat pindah ke BPMI....memang zana mintak tukar bahagian pun sebab nak tukar angin pulak dah 4 thn di bahagian yang sama...bosan hihihi....rupenyer zana satu seksyen ngan cik sazliana pulak...emm mmg jodoh kuat kot utk zana berbakti pada nasyid JPS dan merealisasikan harapan suami zana yang nak tubuhkan nasyid JPS dengan nama NowFhaL hahhaha...ok tapi tahun 2010 tu zana tak uruskan nasyid sbb zana masih baru...masuk bahagian baru bulan september thn 2010...pi tgk latihan nasyid pun tak berani ape lagi pi tgk dorg bertanding kat putrajaya...ada la sekali zana masuk tgk dorg berlatih...firdaus asik tersasul nyanyi....cik yan cakap sebab zana ada dalam dewan ni firdaus asik tersasul nyanyi jer hihihi..zana pun keluar la.....masa tu obe (kawan kelas poli zana ngan firdaus) jadik cikgu nasyid dorang...masa ni la nama kumpulan nasyid JPS ditukar dari nama Nur Kasih kepada NowFhaL ..

NowFhaL ni sebenarnya nama kumpulan nasyid masa kat politeknik shah alam dulu..Faizal (Obe) dan firdaus (Bushey nama panggilan dia masa kat poli) satu kumpulan masa tu. Obe tu adik kepada salah seorang anggota Kumpulan Nowseeheart yang bernama firdaus juge. emm sama pulak nama abang dia ngan suami zana kan hihihi...Masa kat poli shah alam tu (tahun 2001-2004) memang ramai peminat kumpulan NowFhaL ni..banyak persembahan dorang mesti ramai je org nak tgk hmm dah macam artis la...zana pulak terlibat secara tak langsung dengan kumpulan ni sebab zana buat lirik beberapa buah lagu dorang..kira zana ni belakang tabir la....lagi pun masa tu zana rapat ngan firdaus..kawan sekelas la kata kan....masa tu kitaorg dalam proses mengenali diri masing2 hehehe ceh wah!...masa dorang nyanyi guna lirik zana...wah rasa macam dunia ni zana yang punyer hihiihih...tak kisah la walaupun org lain tak tahu pun lirik tu zana yg buat huhuhuhu...

So oleh sebab firdaus/suami zana ni pernah berniat nak tubuhkan kumpulan nasyid kat JPS ni tapi tak tau cemane nak mulakan...bila dapat je email pasal penyertaan untuk jadik ahli kumpulan nasyid...dia terus setuju....so dia namakan kumpulan nasyid kepada NowFhaL. Pihak pengurusan BPMI pun setuju je nama baru tu emm sampai la sekarang...so dalam tak sedar dari tahun 2010 sampai 2012 ni dah nak 3 thn la Kumpulan NowFhaL telah ditubuhkan di JPS Malaysia ni.

Tahun 2010 anggota kumpulan NowFhaL ada 6 orang iaitu Harris, Hafriz, Firdaus, Miezan, Azri ngan Nawi. Dorang nyanyi accapella lagu Sahabat dengan Taubat Raihan. Dorang bertanding dalam Festival yg sama la untuk kali pertama menggunakan nama kumpulan NowFhaL . Namun nasib tak menyebelahi kerana tak de rezeki...sbb dorg dah kalah time saringan lagi hhiihihi tak lepas pun utk ke final :( ....takpe cuba lagi tahun depan..

Tahun 2011 masa ni zana diberi kepercayaan sedikit untuk uruskan kumpulan ni pula..zana la yang buat surat menyurat perlantikan ahli nasyid, surat panggil latihan nasyid, set up mic dorang untuk berlatih...carik lagu..berhubung dengan org yg buat minus two emm macam2 la...masa ni takde duit nak upah cikgu..so firdaus la yang beri tunjuk ajar segala ilmu yg dia ada...ahli nasyid masa tu Firdaus, Azri, Aiman, Miezan dan Hafriz....Tapi hafriz tak lama..disebabkan kesibukan dia bekerja...dia terpaksa tarik diri..so yang meneruskan perjuangan latihan demi latihan adalah firdaus, azri, miezan dan aiman...dorang bawa lagu Usia Antara Masa, saujana dengan Aku tanpa cintamu, mirwana. Syukur alhamdulillah tahun ni tahun pertama kalinya kumpulan nasyid jps dapat masuk ke peringkat final..walaupun kalah jua di peringkat final...memang takde rezeki menang...tapi dah dapat masuk peringkat Final tu dah cukup bertuah. kita cuba lagi tahun depan.. :)

Tahun 2012, zana masih juga yang menguruskan kumpulan ni seperti biasa..tapi tahun ni zana mengalami masalah kekurangan ahli nasyid..dari berempat tahun lepas kini dah tinggal berdua jer...miezan dengan suami zana jer...masa ni la Firdaus suami zana tu berkali2 cakap dia nak stop taknak bertanding tahun ni...zana puas pujuk dia supaya stay utk teruskan bertanding..Azri tak dapat beri komitmen masa latihan so dia terpaksa tarik diri..aiman pulak kata nak join tapi setiap kali latihan dia hanya datang 2 ke 3 kali jer lepas tu langsung tak datang2.... zana pening kepala memikirkan cemane nasib NowFhaL......zana selalu berdoa agar dipertemukan dengan org yang pandai nyanyi suatu hari nanti....Allah maha mengetahui segalanya.....tiba-tiba satu hari tu zana terdengar bunyi azan yg sangat best ..tak sumbang pun mcm biasa2 dengar...mendayu2 laungannya...sejuk hati bila dengar...terpikat la zana dgr...emm leh jatuh cinte hahhahaha....kalau dia tak azan...rindu pulak ...dasat..dasat...dalam hati terdetik siapa pula mamat ni...zana berharap agar tu bukan suara org yg datang berkursus di sini..bila setiap waktu zuhur dan asar bunyi azan yang sama..zana makin pelik..siapa gerangan suara tu..


Maha suci Allah...rupanya Allah hantar seseorang utk selesaikan masalah zana berkenaan anggota nasyid ni...itu la zahari nama dia..zana dengar azan dia sangat bagus dan pasti dan semestinyer suara nyanyian dia bagus jugak kan...zana ambik keputusan record suara masa dia tgh azan guna hp jer dan bagi pada suami zana utk dgr masa kat umah..tak sangka suami zana tertarik dgn suara dia so ada harapan la NowFhaL. Si zahari ni pulak rajin lalu kat seksyen kitaorg utk ke surau..apa lagi zana ambik kesempatan tanye dia apa fb dia....nak tak masuk nasyid ngan koir...dia cakap koir tak berapa nak sangat..kalau nasyid dia nak..Syukur alhamdulillah sukenyer dalam hati zana masa tu hihihihi...

So bermula la NowFhaL berlatih dengan ahli baru..sekarang ni ada firdaus, miezan dan zahari sampai la ke hari pertandingan 11 oktober 2012 lepas. Dorang bawak lagu Muhasabah Cinta dan Rintihan...banyak dugaan masa latihan..ada yang sakit tekak..sakit mulut..sakit gatal2 badan..emm macam2 la....tapi dorang tetap juga teruskan walaupun firdaus dah semakin putus asa utk teruskan..selalu la cakap nak berhenti tak yah masuk bertanding dengan alasan tak cukup orang dan masa latihan....(ala dulu kat poli pun dia mmg macam tu... kejap masuk nasyid kejap keluar..suke2 hati dia jer...mentang2 la suara sedap ek...hihihihi) miezan dan zahari lah yang selalu bagi semangat agar teruskan...akhirnya mereka bertanding...

Bertanding hari tu pun masih juga takde rezeki untuk menang..tahun ni NRE tak buat sesi saringan lagi seperti sebelum2 ni disebabkan kekangan peruntukan katanya...so terus bertanding ke final semua...NowFhaL masih juga tidak dapat tergolong dalam 3 kumpulan terbaik...cuma menerima hadiah saguhati berupa hamper besar dan sijil penyertaan....kami terima dengan redha keputusan pihak juri..tahun depan cuba lagi kan...jgn putus asa..mungkin nak carik lebih ramai lagi tahun depan...nama kumpulan kekal..

Itulah dia asal usul kumpulan nowfhal di JPS Malaysia ni...zana berharap agar kekal la nama kumpulan ni sampai bila2..Insyaallah a..min..so...jumpe lagi yer..bye!


Saturday, October 13, 2012

Festival lagu-lagu dakwah NRE 2012

Hai...Assalamualaikum semua...lama kan zana menyepikan diri...bila takde masa lapang...mmg blog ni tak ber update la jawapnyer..

okay kali ni zana nak cerita pasal tugasan zana yang dah selesai baru-baru ni iaitu menguruskan pasukan atau kumpulan nasyid JPS Malaysia ke pertandingan nasyid Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 11 oktober 2012 lepas.

Okay kalau korang pernah baca la entry zana sblm ni kat http://firzananisza.blogspot.com/2011/11/nowfhal.html pasal pertandingan nasyid gak..ok la faham la ape yg zana cite kat bawah ni nanti...

Kini Kumpulan Nasyid Nowfhal ada seorang pendatang baru...Syukur alhamdulillah ada dia sbb zana dah pening dgn masalah kekurangan ahli.. ramai yang sibuk dengan tugasan hakiki masing2. Emm ramai ker hihihi...Azri ngan aiman je kot.....kalau group Nowfhal la..sblm ni ada juga nama lain utk group nasyid JPS emm Nur kasih kot....masa tu bukan zana yang uruskan...zana pun lom pindah bahagian ni lagi masa tu...


Ok smbg cite pasal ahli baru tu....Dia ni lapor diri ke bahagian zana ni Bahagian Pembangunan Modal Insan bulan berapa zana pun tak ingat..tp thn 2012 ni la...zana sedar kebolehan dia menyanyi bila terdengar laungan azan dia kat opis..kalau azan dia boleh lenggok2 mesti dia pandai nyanyi jugak.....mula-mula zana ingatkan budak2 yang datang berkursus punyer suara azan...kan opis zana ni pusat latihan...orang dtg berkursus selalu jugak azan kat surau JPS tu....bila dgr azan tu mak ai mmg zana kagum dgn ketahanan nafas dia..pergghhh zana pikir mesti budak ni kalau makan tak bersulamkan air... hahhaha..tapi bila dah setiap hari dengar...zana makin pelik sbb masa hari/minggu org tak berkursus pun masih dgr suara tu...jeng..jeng..jeng.."siapa itu"...."coba teka"...wakakkaka..dah macam cite p.ramlee lak..

Zana tercari-cari gak sape la yg punye suara mcm tu...hhehehe nasib baik satu bahagian senang la carik...emm..laa...kecik2 orgnyer....rupanya dia orang sarawak dari JPS kelantan ke sini...Nama dia Zahari bin Deli..emm dia ni jenis happy manjang je...suke ngusik org...tu zana suke panggil dia anak pak deli jer.....hmm tak tau la dia tau ke tak yg zana gelarkan dia mcm tu...hihiihih...ala bukan gelaran buruk pun kan....takpe..dia bukan tahu pun zana cite pasal dia dlm blog ni hihihi...korang yg kenal dia...shhhh...ok diam..diam suda...hihihih...

Bila zana dah tau sape pemilik suara azan tu..zana rakam suara dia sket dlm hp masa dia tgh azan zuhur. Balik umah jer zana bagi suami zana dengar dgn harapan nak serapkan dia ngan kumpulan nasyid nowfhal...

Pengarah zana pun ada cadangkan kat zana masa perhimpunan pagi JPS Malaysia supaya ambik si zahari ni masuk nasyid sbb suara dia azan bagus....emm smbg smula...masa suami zana dgr suara dia azan..suami zana tertarik...so suami zana mintak zana add dia cepat dlm fb nowfhal...zana mintak fb dia..hmmm banyak la soalan dia kenapa zana nak mintak fb dia..aduss mamat ni pulak...... lama......bape hari entah..baru la dia bagi nama fb dia..emm takpe..kesabaran menunggu akhirnya berbayar huhuhuh...

Zana cepat2 add dia dlm group nowfhal..zana tag dia suara nyanyian nowfhal masa pertandingan nasyid tahun 2011 utk dia nilai...manalah tau kan kot2 dia pandai pasal suara2 emm bleh tolong group nowfhal nanti...emm mula dari situ la..dia terjebak ngan nowfhal ni heheheh..

Okay dah panjang lebar cite pasal orang baru tu...zana nak cite pasal pertandingan nasyid 11 oktober hari tu...kami masih tidak bernasib baik untuk tergolong dalam 3 kumpulan terbaik..takpe zana terima dan mmg puas hati dengan persembahan suara dari kumpulan nowfhal kali ni..mmg best..puas hati...dan terbaikkk....zana nak upload rakaman suara dorang nanti yer... tapi kalau nak dengar...boleh bukak link ni http://www.youtube.com/watch?v=5m2cz0GMF70 ni suara masa dorang berlatih untuk pertandingan nasyid ni la..

Pagi 11 Oktober 2012 tu zana sampai opis pun dah 7.20 pg...7.30pg nak gerak....orang NRE dah pesan masa pertandingan mintak kitaorg sampai awal sebabnya Nowfhal punyer giliran tempat yang pertama dari sembilan penyertaan. Yang zana tahu pagi tu kak yati, kak iza ngan dianna nak ikut...cik yan sibuk ngan budak induksi..zana fikir mgkn dia tak jadik pegi skali la kot..lgpun..zana pun faham dia sentiasa sibuk..malas zana nak kacau....yang penting zana dah cakap semalam, esok jam 7.30 pg kena gerak dari opis ke putrajaya.....sbb kita nak kejar masa. semua maklum.

Pagi tu ada lah sedikit salah faham berlaku....driver cakap kat zana baik naik van jer dari naik bas sbb nak pi cepat..kalau tggu yg lain2 yg nak ikut tu nanti jadik lambat...zana kata ok la nampak mcm takde sape yg nak ikut...yg nk ikut pun..dianna, kak iza ngan kak yati jer...tak ramai...kimie cuti..bila zana dah siap2 jer...kak yati pun sampai... dan masuk van.....zana pun naik van..miezan ngan suami zana firdaus pun dah dalam van...zahari...dia dah bgtau zana semalam yg dia pegi sendri ke putrajaya esok...ok la...emm zana pelik kita yg dlm van ni nak tggu sape lagi..eh knape kak iza ngan dianna tak masuk2 van..tadi dorang cakap nak ikut...kak yati pun turun van pi tanye dorg..knape tak masuk2 van lagi..ada 2 tempat kosong lagi..cukup la utk dorang...kak iza cakap nanti dorg naik bas. peliknyer...mana ada driver nak bawak bas...sbb spatutnya rosman la bawak bas pagi tu..tp dia tak jadi tukar bawak van....lps tu rosman cakap "emm mgkn dorg naik fortuner ngan ngan shahril kot...sbb shahril cakap dia pun ke putrajaya jap gi..... kak yati pulak dah marah2 pagi tu......zana pun cakap kat rosman....kalau macam tu mesti bos pi ngan fortuner..dorg leh naik ngan bos je la....ok la jom kita gerak dulu la sbb nanti lambat pulak...zana pun ada terasa gak....kenapa kak iza atau dianna tak maklum kat kitaorg yg dlm van ni kalau nak naik bas ke ape kan...... yang kitaorg ni tunggu je lah dalam van.....ingatkan dorang nak naik sekali tapi nak ambik barang dulu ke ape ke..........emm entahla....masalah salah faham jer ni...

Zana call zahari..dia cakap dia dah nk sampai nre...ok la nasib baik ada wakil sampai awal...Sampai2 je kat dewan NRE tu...orang NRE cakap kat zana... " ha org jps dah sampai pun...boleh la daftar" zana terus daftar dan masuk dewan..miezan, suami zana ngan zahari masuk toilet emm buat la apa yg patut hihihi n pakai samping siap2..bila dorg keluar je..zana mintak dorg sarapan dulu...miezan cakap dia tak lalu nak makan ke minum ke sblm nyanyi hihihi...ok la ape2 jer..asalkan miezan bahagia yer hihihi...yang si zahari pulak ngadu sakit perut kat zana...zana tanye kenape..dia cakap samping dia ketat...laaa...hihiihi kesian.....zana cakap kat dia "sakit ker...emm takkan akak nak betulkan pulak...pi kat firdaus lah mintak dia tolong betul kan" kalau dia adik zana emm bleh la zana betulkan..so firdauslah pun betulkan samping dia..lps tu emm ok nampak dia selesa..happy manjang jer...mcm biase..cuma nampak dia mcm mengeletar huhuhuh..masa dia pegang kertas lagi la nampak..gigil2 hihihi...siap koyak lirik masuk poket lagi..takut lupe...suami zana ngan miezan mantain...relax jer...ok lepas tu urusetia NRE panggil zana sbb dia nk bg taklimat sikit pasal penerimaan hadiah....hahhaha gelak zana lps tu...sbb dgr dia panggil zana 'puan pengurus'....emm pengurus nasyid la sangat....emm hentam je la... :)

Beberapa minit sebelum majlis mula...nampak bos zana En. Dzul, cik yan, dianna ngan kak iza sampai...dorang naik ngan shahril...ok la..bila bermula majlis festival tu..group nowfhal buat persembahan..zana dok stanby kat bahagian p.a system untuk control lagu...habis je keje zana dekat ngan org p.a system tu..zana pun duduk kat tempat zana tadi..tgk dorg sampai habis...emm mmg best la suara dorg..cuma persembahan gerakan takde...dorg berdiri kat tempat yg sama dari awal sampai la habis..dah mcm artis pembukaan majlis pulak hihihih...tapi sayang tahun ni zana tak rakam sepenuhnyer pun persembahan dorang sbb zana harapkan video cam nre...siap tanye urusetia nre lagi nak kan rakaman tu nanti.. hihihih bijak tak? boleh la tgk persembahan tanpa merekod sampai tangan letih pegang hp..mcm thn lepas :)

Bila selesai semua 9 persembahan...pemenang pun diumumkan...pertama NRE, kedua JPSM dan ketiga perhilitan..yang lain2 dapat sagu hati dan sijil penyertaan. zana ok je ngan keputusan tu...tapi kak yati bising pasal NRE bleh menang..patutnya NRE yang anjurkan..NRE tak perlulah masuk bertanding jugak...emm pendapat masing2 kan...takpe..

ok dah habis sampai sini je la...zana nak upload sikit gambar ngan dorg ni..

Kiri sekali tu anak pak deli..huhuhu...tengah tu miezan dan sebelah zana tu suami zana la firdaus hihiihi...





senarai giliran persembahan

ada persembahan nasyid dari jabatan mana tah...booooosaaannn!!! hihihihi tak baik kan zana.

bergambar ngan bos zana Cik Sazliana...bos paling best dan yang memahami zana....alhamdulillah..
ha.. tgk anak pak deli tu...godek2 camera tu sampai lari setting dia...



Bergambar dengan Kumpulan Far East...artis ni..cuba korang bukak you tube carik lagu lafaz sakinah...best..tau.
yang menang semua pakai baju warna putih...emm warna putih ni mempengaruhi markah jugak sbnarnyer kot hehehehe

Zana dengan Kak Yati

Alhamdulillah dah selesai..tapi lupe pulak nak amek gambar semua ngan hamper saguhati tu...takpelah semua dah pun selesai...