Thursday, December 19, 2013

Anak kena Chicken Pok

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hmm lama rasenyer tak menulis kat blog ni... yang ini zana nak share ngan kengkawan pasal anak-anak zana kena demam chicken pok (berturut2) atau kata lain dia demam cacar.

Demam ni bermula dengan anis... si kakak yang berusia 6 tahun. Dia mula kena ada bintik kat atas bibir..zana ingatkan bintik biase jer mcm jerawat. Bila diperhatikan tgk badan dia naik bintik2 badan pulak mula panas.....yang paling merisaukan zana kalau ianya CHICKEN POK!!!!!!!!!!! emm masa tu dia kena hari ahad 1 disember 2013. Bila pi klinik mmg sah dia kena penyakit tu....

Yang buat zana fenin lalat sebab ada majlis di opis yang zana kena handle dan sangat penting pada 2 dan 3 disember tu.. Suami zana salah seorang penyanyi koir terpaksa tarik diri kerana sebab jaga anis dan dia suruh zana selesaikan amanah tugasan yang diberikan... Dia kata ajk majlis lebih memerlukan awak...sedih dan terharu gak zana masa tu.. (terima kasih kerana memahami zana).....dah la anak sakit..kite sebagai emak tak dapat bersama anak... Majlis yang zana maksudkan ni Majlis Pertandingan Koir MAKSAK JPS Malaysia 2013. Zana dilantik sebagai Setiausaha. Banyak sangat yang perlu diuruskan dan banyak yang call zana bertanye pasal majlis ni..

Inilah gambar anak sulung zana yang kena chicken pok..kesian badan dia panas dan malam dia kena tu Tok Guru (Datuk Panglima Demak) mintak zana bacakan kat air minum dia 100x fatihah, 11 kali selawat dan 3 kali surah Al-ikhlas.. zana buat. Alhamdulillah badan dia ok dan tak teruk mcm budak2 lain yang kena chicken pok. Zana dan suami terpaksa bergilir masuk keje nak jaga dia sbb kami dah kehabisan cuti rehat dan dokter pulak tak bagi mc jaga anak :(
muke tak sihat sangat2


Selang dua minggu jer.. pada 15 disember 2013 zakhwan anak zana yang kedua 5 tahun tu  pula kena jangkitan chicken pok. Sebelum tu dia ni kena lagi teruk dari kakak dia sebab penyakit dia bermula dengan keluar nanah kat hujung 'tut' dia. Pelik mmg pelik..dia asik mengadu sakit sampai bengkak tut dia..kitaorg bawak pi klinik....dokter cakap kena tungau jer..ingatkan ok jer...tapi esok kat taska dia nangis2 teacher call zana bgtau..zana cepat2 amek dorg terus pi klinik lagi tempat lain pulak...dokter cakap kena jangkitan dan nak selesaikan masalah ni kena sunat jer...HAH!!! SUNAT???? tekejut gak zana dgr sbb zakhwan ni baru 5 thn...nak kena sunat dah ker? ...ok dapt ubat..balik umah....bila zana tengok dah picit sendri dia punyer hujung tut keluar berkeping2 nanah..busuk..eawww...geli geliman lak rasenyer....tapi sebagai emak takkan nak tunjuk kat anak kite geli kan...dia memang perhatikan muka zana masa tu hihiihi....so zana buat tak tau jer bersihkan dia punyer tu...dia tgk kite ok..dia pun jadik ok....

tapi itu la salah satu permulaan dia kena chicken pok...lepas dia gunting rambut kat kedai gunting mamak..dia kata sakit kat tengkuk... zana tgk dah ada bintik2 kat tengkuk kemudian kat badan dan banyak kat batang tut dia...badan dia dah mula panas...zana dan suami banyak baca2 kat badan dia untuk kurangkan panas dia..Alhamdulillah panas memang berkurang dengan kuasa Allah...cuma bintik2 jer makin banyak....kesian sangat2. Emm bila dia kena ni zana pulak hari isnin dan selasa tu kebetulan demam hidung hingus berdarah pi klinik bawak dia.....zana dapat mc sampai 5 hari ( 2 hari + 2 hari + 1 hari) dokter tu bagi atas alasan jaga anak chicken pok selain zana memang tak sihat. Alhamdulillah dokter ni sangat memahami sebab masa anis sakit, kami tidak ditemukan dengan dokter yang memahami begini.

muka masa ni dah sihat bintik2 je yang lom kering

Ubat yang kitaorg guna memang ubat dokter jer..Carik jugak daun bambu...mmg jumpe tapi tinggi sangat..hmm berserah pada Allah jer..segala usaha utk menyembuhkan dia kami suami isteri telah lakukan...Alhamdulillah dia dah semakin pulih...cuma tak boleh hantar ke taska lagi..so mggu depan ok dah kot..