Friday, January 14, 2011

Sasaran Kerja Tahunan.......SKT

SKT ni begitu popular bila akhir2 tahun ngan awal2 tahun....ermm tau ker SKT tu  ape hhahhaha...rasenyer penjawat awam jer guna SKT ni kot....org swasta ada ke yer....macam mane dorang buat penilaian kakitangan dorang yer...mesti ada cara......hmmm korang yg keje swasta tau la kan...zana ni koje kerajaan, pernah jugak keje swasta dulu, tapi tak pernah pun kena isik2 SKT, sasaran kerja tahunan kita.
Dan nama pun sasaran...kena la capai macam mane cara pun sbb akhir tahun nak kena tulis pencapaian dia pulak...susah jugak...macam mana kalau sasaran kerja kita tak capai....sasaran terlalu tinggi ker...sasaran yang tak mungkin tercapai ker....ha tu gunanyer boss korang...mase nak buat/isi skt tu kena bincang ngan bos dulu...jgn la buat sasaran kerja yang tak mungkin kita buat dalam setahun tu...dan jangan pulak mengelat buang yg susah2 ambik keje yg senang2 jer....no...no...no...hhehheheh...
Selama kerje ngan kerajaan ni dari tahun 2006, tahun 2011 ni lah buat pertama kalinya zana kena nilai skt orang lain...staf zana....bukannye bermaksud dulu zana takde staf....cuma kali ni lain pulak bila masuk bahagian baru ni....payah jugak la...pening nk bagi markah berapa...lagi satu masalahnyer zana baru jer 4 bulan keje kat bahagian baru ni....cemane nak nilai org utk setahun...masalah..masalah...dalam borang tu banyak jugak kriteria yg perlu diisi selain pencapaian sasaran kerja utk thn tu contohnyer macam apa jawatan-jawatan yg disandang / aktiviti luar tugas rasmi, kursus dah bape kali dalam setahun, nak kusus ape lak tuk thn depan dan mcm2 la... Zana harap sangat2 markah penilaian prestasi kerja untuk thn 2010 memuaskan hati orang yang zana terpaksa nilai tu dan markah skt zana yang bos baru zana nilai nanti ni memuaskan hati kecil ku ini juga ceh....wah hahahah...berapa la markah zana thn ni kan hehhee...

dah la penat la bebel jer...borak kosong jer ni hahahhaha...bye!

makna tersirat disebalik tanda tangan kita....hehehehe

hmm terase nak menulis lak...cita-cita dulu nak jadik wartawan sbnarnyer hehehhe. cita-cita tinggal kenangan jer la...tapi ok gak ada peluang menulis walau dalam blog sendri..ni zana nak kongsikan makna tersirat disebalik tanda tangan kita....atau nak telek t.tgn org lain ker hehehhe boleh jer...

1. Satu garisan di bawah tanda tangan
~  Seorang yang sangat yakin
~ Ada personaliti yang hebat
~  Agak mementingkan diri sendiri
~ Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan
~ Anda romantik
~ Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
~ Memilih kecantikan (bagi lelaki)
~ Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
~ Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan
~ Anda kelihatan mudah dan tenang
~ Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
~ Seronok dengan kehidupan
~ Ikut gaya dan cara sendiri
~ Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
~ Anda sentiasa berusaha supaya smart
~ Suka berselindung
~ Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
~ Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
~ Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
~ Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
~ Seorang yang sangat prihatin
~ Tidak pentingkan diri sendiri
~ Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
~ Seorang pemikir
~ Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
~ Seorang yang sangat baik
~ Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
~ Tegas dengan pendapat sendiri
~ Ada semangat yang tinggi

haaaaa....... tu jer.....kalau ada yg lain yg menarik, zana masukkan dalam blog ni wokeh hehhehe....bye!!!!!