Friday, January 14, 2011

makna tersirat disebalik tanda tangan kita....hehehehe

hmm terase nak menulis lak...cita-cita dulu nak jadik wartawan sbnarnyer hehehhe. cita-cita tinggal kenangan jer la...tapi ok gak ada peluang menulis walau dalam blog sendri..ni zana nak kongsikan makna tersirat disebalik tanda tangan kita....atau nak telek t.tgn org lain ker hehehhe boleh jer...

1. Satu garisan di bawah tanda tangan
~  Seorang yang sangat yakin
~ Ada personaliti yang hebat
~  Agak mementingkan diri sendiri
~ Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan
~ Anda romantik
~ Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
~ Memilih kecantikan (bagi lelaki)
~ Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
~ Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan
~ Anda kelihatan mudah dan tenang
~ Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
~ Seronok dengan kehidupan
~ Ikut gaya dan cara sendiri
~ Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
~ Anda sentiasa berusaha supaya smart
~ Suka berselindung
~ Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
~ Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
~ Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
~ Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
~ Seorang yang sangat prihatin
~ Tidak pentingkan diri sendiri
~ Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
~ Seorang pemikir
~ Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
~ Seorang yang sangat baik
~ Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
~ Tegas dengan pendapat sendiri
~ Ada semangat yang tinggi

haaaaa....... tu jer.....kalau ada yg lain yg menarik, zana masukkan dalam blog ni wokeh hehhehe....bye!!!!!
 

No comments:

Post a Comment