Sunday, May 22, 2011

mandi manda di Sungai Tua...selayang kot

Wah...sejak baik dari sakit ni....berjalan jer hehehhehe...tadi baru je mandi kat hutan lipur sg. tua...nak letak gambar2 yg diambil semasa aktiviti mandi tadi hehehhehe....esok dah masuk keje...apelah keje yang menanti tu esok... alamak gambar2 tu semua dalam hp suami........nak kena transfer dulu ke laptop pulak..nanti yer...nanti zana masukkan gambar2 tu...alah sikit jer tapi jadiklah sebagai kenangan kan..kan...kan..

zana tak masak ape2 pun hari tu utk bekalan mandi...sbb takut kitaorg tak jumpe tempat mandi.....hari tu main redah jer ....niat nak mandi kat batang kali....tapi tak jumpe tempat yg dicarik tu....so kitaorg beli sardin ngan roti jer ha...jadikla utk makan petang tu...walaupun sardin...tengokla dalam tupperware tu...zana dah siap ada limau nipis ngan bawang ngan cili api yg telah dihiris2 dari rumah hahahhaha

Sedap giler roti ni.....penat n lapar dah....carik tempat mandi...mana tak nyer.....keluar rumah lepas zuhur...sampai tempat mandi jam 4.30 ptg....ha bayangkan betapa lama nyer dalam kete...lapar bangat dah hahahhah...

sampai2 jer budak2 ni cepat2 nak tukar baju mandi sebab geram dah kat pasir....dorang bukan nak mandi sangat pon....sebuk ngan main pasir jer


bila teringat kes org mati kena langgar kepala air tu..seram gak nak mandi jauh2....so mandi dekat2 jer ngan pasir haahaha

aktiviti tanam orang hahhahaha...anis yg jadik mangsa huhuhu





okay...sampai sini dulu yer...dah masukkan gambar2 hari tu...heheheheheh seronok pulak bila tengok gambar2 ni smula hehehhe....

Friday, May 20, 2011

terima kasih suami dan mertua ku...

Kat sini zana nak ucapkan banyak-banyak tima kasih pada suami tercinta dan mertua tersayang....Emm walaupun dorang bukan baca blog zana ni hehehehe....

Sepanjang zana sakit chiken pox ni...di mersing johor....suami zanalah setia jaga zana sapu ubat satu badan siang malam. Terima kasih bah!. (abah... panggilan zana pada suami zana hehehehhe dia pulak panggil zana, mak...) Abah mertua zana pulak sanggup pi cari n belikan kelapa pandan untuk zana minum sebagai ubat chiken pox ni....terima kasih abah!!! Mak mertua zana lak sediakan ubat untuk disapukan kat badan zana dari sejenis daun emmm lupe dah daun ape... mak mertua zana sanggup pi ambik daun tu kat pokok dan blender untuk zana sapu ngan bedak sejuk satu badan....Terima kasih mak!

Makan minum anak dan suami zana, mak mertua zana yg sediakan. sampai makanan zana bubur nasik pun mak mertua zana masak untuk zana. bila kita kena chiken pox ni...tekak kita sakit utk telan sesuatu rupenyer...baru zana tahu.....zana minum air pun perit tekak ni kan pulak nak makan sesuatu. Mujurlah mak buat bubur...dapatlah zana makan utk tenaga...terima kasih semua....Betapa bertuahnya zana....Allah telah kurniakan zana, suami dan  mertua yang amat penyayang begitu mengambil berat tentang zana....

Satu lagi masa 17 Mei hari tu....hari lahir zana yang ke 30 tahun......pagi tu zana bangun macam biasa...semua orang macam biasa...mak abah pagi-pagi dah keluar pi beli sarapan la kot...bila dorang sampai jer...zana kat bilik....suami zana tarik tangan zana suh pi dapor...dia cakap try baju...zana pelik kenapa lak nak try baju kat dapor....laaaaaaaaaa rupernyer mak abh mertua zana pi beli kek besday zana!!!!!!!!! kek tu siap pasang lilin dan ada tulisan 30 tahun......kat atas meja ..... dengan muka bercapuk2 ubat sapu chiken pox tu zana potong kek, abh mertua bacakan doa. tak sedar mengalir air mata zana masa tu hehhehehe...cepat2 zana lap tak kasi dorang nampak hehehhehe..... terima kasih semua...zana takkan lupa tu semua...gambar tu ada dalam simpanan suami zana...tak mo la zana tepek gambar tu kat dalam ni....masa tu amek gambar tak pakai tudung....hehhehe...kalau masa tu pakai tudung emmm zana tak kisah nak letak dalam blog ni walau pun muka bercapuk2 hahahhaha.....takpe...tu kenangan....hmm ada gak gambar kek...



Tiba-tiba teringat pulak hari 13 Mei masa tu kat KL  lagi...belum balik mersing lagi...siang tu zana cuti ye lah sempena aniversary yg ke 5 thn...saje zana amek cuti masa tu pun dah jumaat....zana ingatkan dia pun cuti...tapi dia kena keje jugak sbb ada urgent kat opis.....masa waktu rehat hari jumaat kan panjang...dia balik umah...masa tu ada selisih faham sikit....kitaorg gaduh la..tapi bukan gaduh besar pun......balik keje dia lambat pulak balik...zana dah risau..kenape pulak dia lambat balik.. marah sangat ker ngan zana.....rupenyer bila balik dia belikan zana bunga ros dan ucap 'selamat hari ulang tahun kita" hahahhaha zana ingatkan dia marah lagi ker....mengalir jugakla air mata  zana masa tu terharu hahahhah...dia cakap sengaja jer gaduh2 tadi saje jer berlakon hahhahhaha....zana cakap laaaaaaaaaaa ingatkan tak tau hari ni hari ape.....tu la suami zana yg banyak kejutan....macam-macam dia buat...kalau zana tulis dalam ni pun tak habis.....nanti-nanti la sambung lagi...nak tido la...tak sangka dah 30 tahun zana kan....hahhahah dah tua hahahhaha....


Macam ni lah bunga ros yang zana dapat hari tu hehheehehhe...cantek kan....

Thursday, May 19, 2011

Ya Allah!!!!! zana kena penyakit chiken pox!!!!!

Hai...bersua kembali...banyak cerita nak zana coretkan kat sini sbanrnyer....tengokla kalau anak tak kacau...panjang menjela la malam ni zana mengarut hehehhee....kalau korang nak tahu...baru-baru ni..zana kena penyakit cacar...kata lain chiken pok. Sengaja zana google penyakit ni sbb nak tau ape benda dan punca penyakit ni... untuk menambah pengetahuan bersama...jom kita baca artikel kat bawah ni...sumber yg zana dapat ni dah tak ingat dari mana tapi ni fakta tau hehhehehe.....

Chicken Pox
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh
merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik
merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala
lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air chicken pox akan
berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
·  Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
·  Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
·  Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
·  Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:
·  Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
·  Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
·  Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.   

Rawatan
  1. Ubatan anti-viral :
    Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  2. Rawatan antibiotik
    Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  3. Rawatan di rumah
·  Sapu losyen calamine.
·  Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
·  Panadol untuk demam

Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1
dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox. 


Hmm tu jer la serba sedikit info pasal penyakit ni....kalau yg belum pernah rasa tu hahahhha siap sedia la sbb sekali seumur hidup jer bleh kena penyakit ni...tapi kan zana pernah dgr jugak ada org tu dah pernah kena pun boleh kena lagi penyakit ni..itu zana tak pasti lah...mungkin antibodi dia tak kuat kot emm entah la....

Zana pulak memang selama hidup ni tak pernah kena cacar ni...bila org tanyer zana cakap tak pernah kena lepas tu mula org cakap ha tak lama lagi kena la tu....hish...tu mcm mendoakan pulak kan... hmmm sekarang dah rasa cemane penangan penyakit ni...tapi syukur zana tak demam...cuma kena bintik2 merah tu jer...rasa gatal2 dan rimas la...pedih bila gelembung air tu pecah...sakit kepala tu mmg ada...rasa nak tido manjang jer...rasa perit sgt2  kat kulit kepala sbb rasa banyak bintik2 tu kat kulit kepala...kat muka hmmm tak yah cakap la mmg banyak hahahaha muka mengerutu jer bila nak amek air semayang hehehhe..

sebenarnyer org cakap jgn mandi bila kena chiken pox ni....hehhehe nak tau....zana setiap hari mandi mcm org sihat jer hahahhaha....zana tak suka la dah la gatal2, panas lak tu...ahhhhh rimas...baik zana mandi jer hahahah...lantak la org cakap....yg penting kita selesa huhuhuhu....

Saturday, May 7, 2011

nak try jus mate 5 ker herbalife.......

Produk Herbalife
........................................................................................................................................

Jus Mate 5
Hai...lama tak update blog...hmmm dah semakin busy sekarang.....Zana selalu kunjungi laman web jus mate 5 ngan herba life...dua produk ni buat zana pening mana satu nak pilih....zana kena turunkan berat badan 30 kg dokter yg cakap. Sebab berat zana dah cecah 85kg tinggi dalam 1.54m. 

kalau korang nak tahu sblm ni dalam tempoh 3 bulan zana nekad tak makan nasi...berat tak turun pun..memang kecewa...dia turun kejab2 jer tapi bagi zana itu tak turun pun berat kalau mcm tu...ramai org opis suh zana teruskan amalan tak makan nasik tu...zana malas la...hahhaha...so zana kena carik 'sesuatu' yang boleh menyelesaikan masalah zana ni sbb zana tak boleh turunkan berat badan sendiri. Maksudnyer kena ada bantuan luar jugak ni...

Zana bukak web jus mate 5...macam best sbb semua testimoni berjaya kurus...rasa syok lak tgk gambar2 dorang sebelum dan selepas...sampai zana ada add sorang kawan ni (dalam facebook) yang dia sendiri guna produk ni untuk kuruskan badan dia dan dia telah berjaya!!! best bila berbalas sms dengan dia...ala cite pasal keberkesanan produk jus mate 5 ni la...zana rasa mcm nak try. masalahnyer org opis cakap jgn percaya sangat produk ni.. sbb kengkawan dorang ada yg cuba emm tak de kesan pon... sedara zana pun ada kata...yg kawan dia dah try tak de kesan pon...confius...confius....emmm terbantutlah nak oder maka terbatutlah zana nak kuruskan badan...

Pasal herbalife ni pulak....zana baca testimoni dia jer..lom berkomunikasi secara serius melalui sms macam zana selidik jus mate 5.... Eh lupe...adalah komunikasi tapi cuma by email...Email yang zana dapat tu dari herbalife cara-cara nak pilih makanan kesihatan bukan promote suh beli produk herbalife. tapi best gak baca testimoni herbalife tu...hehehhe

Sekarang ni zana pening la mana satu...herbalife ni ada org opis zana cakap sedara dia ambik herbalife ni mmg kurus..wah ini sudah bagus hehheheh...setakat ni zana tak tanyer kat sape2 sgt lagi pasal herbalife....

Esok pagi nak call la org yg jual herbalife ni...skrg ni zana tgk kat blog dia jer...badan dia berat 92kg dulu setelah sebulan turun 84kg...dan 2 bulan selepas tu dia dah 74kg. Bagi zana okla tu...daripada dulu 92kg sebulan 55kg hahhahaha tu mcm menipu jer huhuhuh

yg jus mate 5 pulak dia bgtau zana dulu dia 67kg..selepas 2 bulan mnggunakan jm5 sya berhasil menurunkan 14 kg..dia ambik 3 kotak jus mate 5 dalam 2 bulan jer...so berat dia dah 53kg la kan...

Bila buat bandingan jus mate 5 boleh turun sampai 14 kg dalam 2 bulan...herba life boleh turun dalam 18kg dalam masa 3 bulan...kalau jusmate 5, beli 3 kotak dalam RM450.00, satu kotak 20 paket...disyorkan berat lebih 80kg kena ambik 2 paket setiap hari...so satu kotak zana minum utk 10 hari jer lah. kalau 3 kotak dapatlah minum 30 hari.....sama tempoh sebulan..... Herbalife beli RM407.16 satu set dalam 2 tin besar , 1 tin kecik dan bekas air utk memudahkan shake. sukatan pengambilan takde dalam laman web pulak...berapa sudu...satu set tu tahan sampai sebulan ke tak...kena servey lagi ni hehehhe

Nanti bila dah ada keputusan nak try produk kurus, zana nak tepek gambar sebelum dan semasa dan selepas penggunaan produk kurus hehhehe..kena cepat ni...nekad raya thn ni 2011, zana kurus hehhehehe nak pakai kebaya ni...kain sulam dah beli hehhehe


bukan zana jer confius...pasal nak pilih produk kurus....ni heliza AF pun tumpang confius gak hahaah

Tuesday, May 3, 2011

cerita bulan May

Hmm...bulan 5 dah tiba...bulan ni lah bulan kelahiran zana ngan hari ulang tahun perkahwinan zana....zana lahir 17 hb May 1981, hari nikah pulak 13 hb May 2006. Setiap tahun mesti kitaorg sambut sekali besday dan aniversary ni. 

Selama bertahun hidup berumahtangga bersama-sama ni sentiasa ada suka duka dalam rumahtanggan kami, suami zana pula jenis yang suka berbincang sekiranya ada perselisihan antara kami suami isteri. 

Apa sahaja masalah kecik ke besar ke mesti kitaorg bincang bagi mengelakkan persilisihan perpanjangan. Zana memang jenis yang degil dan kuat berontak...kalau  zana tengah marah....zana suka simpan, diam dan tak bertegur langsung....zana buat hal sendri jer..satu lagi zana suka mengemas ape2 kalau hati tengah panas ehehehhehe......tu suami zana tahu bila zana marah atau tak......sbb pendapat zana rasa, diam tu lebih baik  dari bersuara.... bila zana diam jer mula la suami zana tanyer macam2 dia nak kita bercakap dan berbincang apa yang tak puas hati...lama kelamaan zana dah biasa dengan cara dia suka berbincang untuk mengatasi apa-apa masalah....

Teringat mula-mula masa kahwin dulu, kerap jugak la zana merajuk...yelah zaman sebelum kawin kan lain. Jumpe tak setiap masa. Bila kahwin jer hari-hari jumpe...

Sekarang anak dah dua orang....perempuan dan lelaki...tak tahu lagi bila tambah sorang lagi heheheh...

Okaylah...sampai sini jer..