Thursday, May 19, 2011

Ya Allah!!!!! zana kena penyakit chiken pox!!!!!

Hai...bersua kembali...banyak cerita nak zana coretkan kat sini sbanrnyer....tengokla kalau anak tak kacau...panjang menjela la malam ni zana mengarut hehehhee....kalau korang nak tahu...baru-baru ni..zana kena penyakit cacar...kata lain chiken pok. Sengaja zana google penyakit ni sbb nak tau ape benda dan punca penyakit ni... untuk menambah pengetahuan bersama...jom kita baca artikel kat bawah ni...sumber yg zana dapat ni dah tak ingat dari mana tapi ni fakta tau hehhehehe.....

Chicken Pox
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh
merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik
merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala
lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air chicken pox akan
berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
·  Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
·  Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
·  Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
·  Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:
·  Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
·  Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
·  Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.   

Rawatan
  1. Ubatan anti-viral :
    Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  2. Rawatan antibiotik
    Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  3. Rawatan di rumah
·  Sapu losyen calamine.
·  Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
·  Panadol untuk demam

Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1
dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox. 


Hmm tu jer la serba sedikit info pasal penyakit ni....kalau yg belum pernah rasa tu hahahhha siap sedia la sbb sekali seumur hidup jer bleh kena penyakit ni...tapi kan zana pernah dgr jugak ada org tu dah pernah kena pun boleh kena lagi penyakit ni..itu zana tak pasti lah...mungkin antibodi dia tak kuat kot emm entah la....

Zana pulak memang selama hidup ni tak pernah kena cacar ni...bila org tanyer zana cakap tak pernah kena lepas tu mula org cakap ha tak lama lagi kena la tu....hish...tu mcm mendoakan pulak kan... hmmm sekarang dah rasa cemane penangan penyakit ni...tapi syukur zana tak demam...cuma kena bintik2 merah tu jer...rasa gatal2 dan rimas la...pedih bila gelembung air tu pecah...sakit kepala tu mmg ada...rasa nak tido manjang jer...rasa perit sgt2  kat kulit kepala sbb rasa banyak bintik2 tu kat kulit kepala...kat muka hmmm tak yah cakap la mmg banyak hahahaha muka mengerutu jer bila nak amek air semayang hehehhe..

sebenarnyer org cakap jgn mandi bila kena chiken pox ni....hehhehe nak tau....zana setiap hari mandi mcm org sihat jer hahahhaha....zana tak suka la dah la gatal2, panas lak tu...ahhhhh rimas...baik zana mandi jer hahahah...lantak la org cakap....yg penting kita selesa huhuhuhu....

No comments:

Post a Comment