Hmm dah dok sensorang dalam opis ni (waktu rehat hari jumaat kan panjang) baru ada sket idea nak merapu meraban heheheh...zana nak cerita pasal tanggungjawab...yang zana nak ulas ni pasal tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya...pejam-celik-pejam-celik zana dah 5 tahun hidup rumah tangga..macam2 perkara suka duka yang telah zana lalui...saat suka duka tu yang sebenarnyer mematangkan diri zana sendri tanpa disedari.....
Disebabkan terasa diri macam dah banyak lupa tanggungjawab dengan suami jer. So zana try google hmm macam2 info ada berkenaan tanggungjawap isteri terhadap suaminya...sekarang kan senang dengan adanyer internet......so jom telek diri sebentar dgn info kat bawah ni....
Dalam sesebuah rumahtangga,isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi,antaranya ialah:
1. Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)
3. Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)
4. Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.
5. Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
6. Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.
7. Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
8. Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.
9. Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.
Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)
Tu sedikit sebanyak basic yang sering kita lupe..... maksud zana...yg sering juga zana lupekan...bila marah kan kita lebih mengambil kira perasaan kita tanpa memikirkan perasaan suami yang terasa dengan perbuatan atau pun percakapan kita....Kita lupa apa tanggungjawab kita pada dia sebagai isteri...kita lebih kepada perkara lain tanpa peduli hati suami....baru-baru ni zana tak perasan yang zana terlalu leka dengan hal-hal lain. Sehingga tanggungjawab zana sebagai isteri dan ibu terabai tanpa zana sedari....semalam suami zana panjang lebar mengingatkan semula apa yang zana dah buat tanpa zana sedar..terima kasih bah...mak mmg lupa..terima kasih ingatkan mak semula sebelum mak makin leka...
Masa dengar panjang lebar suami zana tu...berapi je zana dengar...tapi kena sabar..sabar dan sabar jer...zana ambik sbb apa yg dia cakap tu untuk kebaikan zana jugak...bukan buat zana makin teruk...bila dengar tu semua baru zana terfikir emm....betul apa yg dia cakapkan tu...memang zana makin leka...mak akan ubah....