Salam semua!!!
Zana ada nak kongsikan satu ayat ni yg amat mudah bila kita baca tapi susah bangat kita nak amalkan....renung-renungkan dan selamat beramal hehhehe...
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12
Eh... takkan tu jer zana nak cite kan..banyak lagi zana nak citer ni..ala cite pasal bila org bercerita ngan kita berkenaan hal org lain...ha macam mana kita nak elak yer...nak ke kita sama-sama makan daging mentah-mentah org yg kita umpatkan tu...hish tak mo la...
Memang susah nak elak...zana pun pelik..kenapa org suka atau nak bercerita pasal aib/hal org pada org lain...kenapa rajin sangat ambik tahu pasal org lain...nak tau itu...nak tau ini..ye la org sekarang ni kalau kita ni tak tau ape2 cite pasal org sekeliling kita dia cakap kita tak bercampur ngan orang...sombong la kalau dalam erti kata lain...emm cemane tu..ni nak kena tanyer Ustaz Don kot hahhaha...
Zana mmg tak sukalah kes sampai2kan cite org lain kat orang yg lain tapi kadang2 terlepas jugak mulut ni bila dah syok berbicara...bila dah terlepas hmmm baru melopong heehhe...puas pikir cemane nak tarik balik apa yg zana baru cakap tu...hmm dah terlambat...sepatutnya zana fikir dulu sblm bercakap kan hehehhe...lagi2 kalau tercerita kat org yg mmg hobi dia menyampai2kan cerita kat org lain..hmm salah besar la tu...makin besar saham dosa zana la jawapnyer kan...dah merata2 org tahu....astagfirullah......
Manusia...manusia...ni satu lagi jenis yg suka mempersendakan orang lain dan merendah-rendahkan org di hadapan org ramai lak tu. Zana cukup benci. Pening kepala zana memikirkan cemane cara nak ubah org mcm ni...lagi satu cemane cara zana nak selamatkan org yg sedang dipersendakan tu...cemane..tu.. seronok sangat bercakap sehingga membuat org semua ketawakan atas ketidakcekapan atau kelembaban seseorang. Hish mmg zana pantang la..gurau pun ada batasnya sebenarnyer...tu lah Rasulullah dah ada pesan kepada kita semua agar memelihara mulut. Tidak memperbanyak pembicaraan, maka berdiam diri lebih baik. Sebab berbicara kadang-kadang menyeret kepada hal-hal terlarang atau kepada yang tidak disenangi.
Nabi bersabda : "Seseorang mengucapkan perkataan yang tidak jelas baginya, dia akan tergelincir akibat ucapannya itu ke dalam neraka lebih jauh daripada jarak antara Timur dan Barat." (HR. Bukhari-Muslim.
Nabi bersabda : "Seseorang mengucapkan perkataan yang tidak jelas baginya, dia akan tergelincir akibat ucapannya itu ke dalam neraka lebih jauh daripada jarak antara Timur dan Barat." (HR. Bukhari-Muslim.
Boleh kata setiap hari zana berdepan dengan dosa ini...dosa ni yg zana maksudkan ialah bercerita pasal org lain dan ter...men..dengar pasal org lain...dosa la tu kan...susah nak lari... so korang doakan zana boleh atasi semua ni yer..sbb zana ada dgr ceramah dari seorang ustaz yg sebelum ni dia kristian skrg dia masuk islam dan dia aktif berdakwah.
Ustaz tu cakap jangan kita jadik bangkrup kat 'sana' nanti atas sbb kita ni suka mendengar/terdengar/menyampaikan/bersangka buruk pada org lain dan yg sewaktu dengannya walaupun semasa kita di dunia..kita buat amal ibadat yg sangat bagus...amal ibadat yg kita buat tu dalam tak sedar telah ditransfer secara online oleh Allah kepada orang2 yg kita umpatkan dan ceritakan itu.....emm tak pasal2...kan.. Zana tak nak jadik mcm tu...zana ni dah la mcm ni...emm faham2 je ler yer..
Okay tu jer zana nak kongsikan ngan korang semua...Ingat!!! fikir dulu sblm bukak mulut yer...babai...