Assalammualaikum semua!!!!!
Emm entry kali ni mmg best hehhe bagi zana la.....sbb banyak yg zana nak kongsikan bersama anda semua pasal sambutan maulidur rasul di Mersing Johor ni heheh...Pagi 5 Februari 2012 tu..zana bangun solat subuh....lepas tu terus bersiap2 utk ke Masjid Jamek Bandar Mersing...mak mertua sempat lagi goreng bihun utk sarapan..Lebih kurang jam 8 pagi lbh kot..semua masuk kereta kembara abh mertua zana dan kami ke Masjid!!!!!!!! hahahaha..
Sampai kat Masjid jer mula la zana amek gambar..sbb tetiba rasa nak masukkan aktiviti ni dalam blog pulak ha hehehhe...
|
Orang mulai memenuhi perkarangan masjid...tu belum sampai yg berarak dari stadium mersing ke masjid...wah mesti ramai kan nanti.. |
|
Masjid Jamek Bandar Mersing |
|
Sebenarnyer zana nak amek gambar banner tu...tapi mcm segan pulak nak amek dekat2...konon2 zana nk amek gambar anis ngan atuk dia la huhuhu |
|
Mase ni tgh baca kertas aturcara majlis ni sbnarnyer... |
|
Ha ini lah Aturcara Majlis Maulidur Rasul ni...sungguh meriah!! |
|
Anis bersama Atuk Mak dia... |
|
Zakhwan ngan Suami zana dan Atuk Abah dia kat tempat lelaki pulak...yg pakai baju melayu lengkap warna hijau tu abah mertua zana..nampak tak zakhwan ngan abh dia yg berbaju biru tu skali.. |
|
Sedang Berzanji |
|
Sedang Berselawat ke Atas Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W...masa ni semua berdiri sama-sama berselawat... |
|
Ceramah berkenaan Mengapa Kita Perlu Sambut Maulidur Rasul Oleh Ustaz jemputan emmm terlupe pulak salin nama dia...
Ustaz tu ada jugak cakap sambutan Maulidur Rasul ini banyak diperkatakan oleh para Ulama' iaitu aktiviti Bid'ah Hasanah (yang baik). Maksudnyer perkara ini tidak salah untuk disambut kerana pengisian sambutan ini penuh dengan berkah dan perkara-perkara yang baik seperti ada sebahagian bacaan Al-Quran, menyebut sifat2 nabi Muhammad s.a.w yang mulia dan ceramah agama walaupun tidak pernah diadakan/disambut semasa Nabi Muhammad s.a.w masih hidup.
Wah macam terer pulak zana nak bercerita pasal ni hehhee...ini pun puas nak ingatkan smula apa ustaz tu cakap hari tu heheheh...pi ceramah tak bawak pen ngan kertas hmm ni la jadiknyer....tapi insyaallah zana kongsikan apa yg zana ingat yer hehehe..
Lagi satu perkara yang zana ingat Ustaz tu ada jugak terangkan pengertian Hukum iaitu Wajib, Sunat, Makhruh, Harus dan Haram yang SEMAKIN dipandang ringan oleh kita semua...
Hukum wajib ni kebanyakan orang faham 'Kalau buat dapat pahala kalau tak buat dapat dosa' ustaz tu cakap bila pengertian ini yang diambil oleh orang...bila sebut tu kita macam takde rasa apa2 pun kan....cuba kita cakap hukum wajib tu PERINTAH ALLAH..TAK BOLEH KALAU TAK BUAT.....perintah Allah bukan boleh buat main-main..Ustaz tu kata lagi perintah Allah tak pernah menyusahkan kita sebagai hambanya...Allah sedikitpun tak rugi apa-apa pun kalau hamba2Nya engkar perintah Dia....tetapi disebabkan kasih dan sayangNYA pada hamba2nya..Dia meminta agar hamba-hambanya melakukan segala perintahNya dan menjauhi laranganNYa agar hambanya mendapat balasan kebaikan ' di sana'..... kerana dunia ini hanyalah sebuah UJIAN... tapi sayang...kebanyakan kita sebagai hambanya masih tak sedar2 dan leka....
Berkenaan Hukum Sunat pula..ramai yang beranggapan....Kalau buat dapat pahala..kalau tak buat tidak mengapa...so ustaz tu cakap...ramai yg ambik 'kalau tak buat tak mengapa'...hehhehe mmg betul pun kan...padahal semasa ditimbang amalan kita 'di sana' ustaz tu cakap bila amalan wajib kita tak banyak..Allah minta pula malaikat tengok amalan sunatnya di dunia agar dapat menampal amalan2 wajib yang tak lengkap..zana pun tak pernah nak memikir kan ni sblm ni.. Allah begitu maha Pengasih kan...Dia tak akan terus menghukum tanpa menyemak amalan2 lain yg kita buat di dunia dulu...so..amalan sunat seperti solat sunat...puasa sunat apa2 jer la..ada ke kita pentingkan atau utamakan....selepas amalan wajib. sama-sama la kita hayati..
Berkenaan perkara Makhruh pulak..ustaz tu cakap ramai yg beranggapan ' kalau buat tak mengapa..kalau tak buat dapat pahala' contoh yang ustaz tu bagi zana dah lupe la...hehhehe... Pasal Hukum Harus pulak semua tak mengapa...kalau buat ke tak buat ke tak mengapa...contoh dia pun zana lupe huhuhu sorry...
Pasal Hukum Haram ni zana ingat heheheh...ustaz tu cakap satu hari ada org call dia dan bertanyakan satu soalan..pemanggil tu cakap mcm ni
" Assalammualaikum ustaz...mintak maaf la mengganggu ustaz...sebenarnya saya ada satu soalan...harap ustaz dapat beri jawapan lah..macam ni ustaz..kawan saya baru jer menang loteri (nombor ekor) RM100,000.00. Dia nak bagi saya duit..saya tak nak sbb saya kata haram...lepas tu dia nak jugak bagi saya tapi dia belikan saya beras, gula, tepung, susu dan macam2 la makanan asasi dan terus dia hantar ke rumah saya...soalan saya ustaz...boleh kah saya makan apa yang diberi dan kalau tak makan nanti membazir pulak ustaz..hmm cemane tu...tak baik membazir kan ustaz....itu je la soalan saya ustaz'
Zana dok diam jer nak dgr apa jawapan ustaz tu heheheh...ni kan pasal hukum. Ustaz tu cakap hish bila dia dengar ayat yg belakang tu "tak baik membazir' emm susah nak jawap...
Ustaz tu terus buat perumpamaan BABI. Babi kan haram..senang jer....ustaz tu cakap bayangkan kawan awak tu menang dapat 100,000.00 Babi..lepas tu dia bagi awak selori babi..awak ambik tak? kan awak boleh masak TOMBI (Tomyam kan TOM + AYAM...ini TOMBI tu maksudnyer TOM + BABI hahhahah tak pernah terpikir zana hahaha)...awak boleh masak 'BABI'QUE....kalau awak tak makan semua tu kan dah membazir namanya tu...membazir kan tak elok....pemanggil tu pun cakap 'hish ustaz...haram tu..mana boleh makan babi.." ustaz tu sambung lagi..ha itu la..semua perkara haram ini kita sepatutnya rasa jijik memandang/makannya. kawan awak bagi semua makan tu tak boleh makan la jawapnyer...sebab semua tu dari duit HARAM. wah...panjang lebar ustaz tu cakap...dalam lawak2 pun ada maksud yang mendalam...OKAY....BILA DAH HARAM TU atau DARI SUMBER HARAM TU...TETAP HARAM TAU!!!
|
|
Zakhwan yg asik nak main jer hish..hish,,,hish... |
|
Suasana Makan Dulang di Kemah Belakang masjid... |
|
Ha ini la yg kami (zana, mak mertua dan anis) makan sama2...sampai anis berebut nasi ngan zana hehehhe...punyer la sedap... |
|
Masing2 basuh tangan dulu...ok dah basuh tangan dengan nama Allah jom kita makan heheheh... |
|
Paling last sekali...dia betul2 berselera makan dalam dulang la si anis ni.... |
|
Ini keadaan dalam Masjid...ni gambar dari hp suami zana...ye la zana mana la masuk dalam ni...kitaorg kan makan kat kemah jer heheheh..suami zana cakap...dalam ni nanti ada orang yg tolong bagikan makanan dalam dulang tu...tak macam kat kemah...kita kena amek sendiri sbb terlalu-lalu ramai manusia hehhehe |
|
Masjid ni atas bukit. |
|
Sambung lagi makan kat umah heheheh... |
No comments:
Post a Comment