Saturday, February 18, 2017

Anak itu Anugerah Terindah.

Peringatan Buat Diriku Yang Sering Lalai.

Anak basahkan tilam, dipukul diherdik anak itu.
Anak makan sepahkan rumah, berjalan sana sini dengan nasi lauk penuh di baju di lantai, dimarahi anak itu, ditengking dan tak kurang kena tampar tangannya.Anak menconteng dinding, merosakkan rak tv dengan hasil kreativiti seni...Sekali lagi tangan dipukul, punggung dirotan, dijerkah penuh perasaan.



Anak sepahkan mainan, baru 5 minit kemas, sepah semula, tumpahkan pula air pada baju nak keluar berjalan ni.. Kena tukar pula baju lain.  Kita membebel, tidak tahan marah dipukul lagi badan si kecil itu.Mulut masih berkata yang tidak baik pada anak. Di kedai makan, anak buat bising, makan bersepah sama macam di rumah... Disuruhnya anak diam, dimarah lagi.

Wahai ibu wahai ayah...
Tilam yg basah boleh dikeringkan, cadar yang kotor boleh dibasuh. Dinding yang diconteng boleh dicat semula rak yg rosak boleh beli baru.Rumah yang tak kemas dengan sepahan mainan boleh disusun semula. Baju boleh diganti, boleh ditukar baju lain.

Tapi
Anak tak boleh ditukar ganti.  Anak tak boleh kita “BASUH” Kita boleh didik mereka. Ajar dengan penuh sabar. Anak ibarat kain putih yang kita corakkan. Andai kita corakkan dengan kekasaran, hasilnya kasar dan tak cantik. Saat kamu marah, saat kamu geram, saat rasa hendak menengking. Pandanglah wajah suci anak, renung ke matanya, kenang ibu bapamu... Begitu lah kamu sewaktu kecil, begitulah penatnya ibu bapa kamu dulu...
Tiada beza mereka membentuk kamu, mengajar kamu, melayan kamu. Kita tidak dilahirkan terus sempurna, tidak buat salah.
Ibu bapa yang membentuk kita jadi seperti apa kita sekarang.

Maka, bentuklah anak2 kamu, corakkan la mereka dengan penuh keimanan. Penuh kesabaran, Pahit hanya sementara, manisnya kelak sepanjang akhir hidupmu. InsyaAllah. Doa kan anak2 kamu dengan doa yang baik2. Jangan dicaci mereka, jgn diherdik mereka Mereka tidak tahu apa2, belum mengerti apa2.  Ajar berkali2 sehingga meraka faham, mengerti dan tidak mengulangi salah.

Wahai ibu wahai ayah...
Pandang wajah anak mu ketika mereka tidur,
Apa kau rasa?  Ya Allah, pagi tadi kamu tinggalkan mereka untuk bekerja.Petang kamu bersama mereka tetapi kamu sibuk kerja di rumah. Malam mereka tidur dengan air mata selepas puas dimarahi.Jika itu malam terakhir mereka, apa kau rasa???

Sabar itu kunci keimanan, kunci kebahagian dalam rumah tangga.Anak itu bukan hak, tapi amanah Allah.  Kita hanya pinjam, jaga sayangi mereka dengan seadil-adilnya.


#Kopipes

No comments:

Post a Comment