Hai-O Ezigrow merupakan baja foliar yang dirumus khas untuk tanaman
beriklim tropika supaya ia boleh meningkatkan hasil serta kualiti
tanaman. Hai-O Ezigrow mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuhan yang
lengkap dan seimbang termasuklah mineral, asid humik, asid amino dan
lain-lain lagi. Kandungan unsur-unsur nutrien dan pengawal tumbesaran
ini adalah penting untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman, mengawal
pembentukan buah dan meningkatkan hasil tanaman. Hai-O Ezigrow adalah
sesuai untuk digunakan pada peringkat pembungaan dan pembuahan untuk
tanaman seperti padi, tanaman berjangka panjang, bunga-bungaan,
buah-buahan dan sayur-sayuran.
Apakah itu baja foliar? Apakah kegunaannya?
Baja foliar adalah baja larut air yang disembur dalam bentuk cecair.
Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi daun dan dinding sel
tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti
fotosintesis dan respirasi sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding
dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi
sel-sel tumbuhan dengan sepenuhnya.
Apakah kandungan nutrisi yang terdapat dalam Hai-O Ezigrow?
Hai-O Ezigrow mengandungi nitrogen, fosforus, kalium, magnesium,
kalsium, besi, manganese, tembaga, zink, boron, molibdenum, asid humik
dan pengawal tumbesaran.
Apakah nilai pH Hai-O Ezigrow?
Nilai pH Hai-O Ezigrow ialah 6.1 dan ia sesuai digunakan oleh kebanyakan tumbuh-tumbuhan.
Kelebihan Produk
No comments:
Post a Comment