Sunday, July 31, 2011

Borang kenaikan pangkat........

Jumaat lepas zana tengok kat info portal JPS....ada iklan kenaikan pangkat GRED  mcm zana ni.....Mujur dia pilih ikut Zon..zon zana yg last sekali...wah mesti persaingan yang sengit kan...

Wednesday, July 6, 2011

Untuk tangani anak nakal

Hai semua...zana nak salin apa yg zana baca dalam majalah mak mertua zana ni (MIDI keluaran 15 Julai 2011) berkenaan apa yg boleh kita buat untuk tangani masalah anak/cucu nakal.

Okay..zana nak taip smula ni heheh...lenguh gak nanti ni huhuhu...

Antara ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan sekiranya :

1. Anak/cucu suka bergaduh - Surah Al-Baqarah - ayat 102
2. Anak/cucu pandai belajar - Surah Al Anbiyaa - ayat 79
3.Anak/cucu lembut hati / elak panas baran - Surah Al Anbiyaa ayat 69 dan Surah Al Hasyr ayat 22-24
4. Anak/cucu malas ke sekolah - Surah Toha ayat 1-5
5. Bagi anak/cucu yang suka keluar malam - surah Ar Rumm ayat 31. baca 33 kali

Antara lain yg boleh kita lakukan ialah :

1. Selalu baca Ya Latif sebanyak 7 kali dan hembuskan pada kepala anak/cucu sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
2. Kita kena banyak bersabar. cakap dengan lembut dan pujuk selain berdoa pada Allah mintak lembut hatinya.
3. Apabila anak/cucu bangun pagi peluk anak/cucu sebanyak 3 kali, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati. baca Al-Fatihah, surah toha ayat 1-5 kemudian baca doa nabi Daud sebanyak 3 kali iaitu "Ya Allah, lembutkan hati cucuku (sbut nama anak/cucu) sebagaimana engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan/minuman.
4.

Saturday, July 2, 2011

JAWAPAN ALLAH TERHADAP BACAAN AL-FATIHAH DALAM SOLAT

Bismillahirrahmanirrahiiimm...

Alhamdullilahhirabbil'alamin..
Maksud:
Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam
ALLAH menjawab: HambaKU telah memuji akan DAKU..

Arrahmanirahiiim..
Maksud:
MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.
ALLAH menjawab: HambaKU telah menyanjung DAKU

Malikiyaumiddiiin..
Maksud:
Yang menguasai hari pembalasan.
ALLAH menjawab: HambaKU telah mengagungkan DAKU..

Iyyakana'buduwaiyakanast'ain..
Maksud:
Hanya ENGKAUlah yang kami sembah dan hanya kepada ENGKAUlah kami memohon pertolongan
ALLAH menjawab:
Inilah tali penghubung antaraKU dengan hambaKU. Dan hambaKU itu boleh meminta apa sahaja.

Ihdinossiratolmustakim..
Maksud:
Tunjukkan kami jalan yang lurus..

Siratollazinaan'amta'alaihim,
ghairilmardhubialaihimwalloddhoooooolliin.

Maksud:
Jalan yang ENGKAU telah anugerahkan nikmat ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
ALLAH menjawab:
Semuanya itu adalah khusus untuk hambaKU, dan terserlahlah kepadanya apa sahaja yang ia pohon.

Semoga kita sama2 dpt membentuk diri dan memperbaiki kekhusyukan kita dlm solat. Ingatlah, dlm solat kita bukan hanya bersediri tetapi adalah sedang menghadap Allah dan berinteraksi dgn Allah dan bacaan-bacaan doa dan pujian kepada-Nya. Jadi, sama2lah juga kita hayati adab2 dlm solat. (Adab2 bertemu dgn raja pun kita jaga, inikan pula menghadap Raja segala raja)
Wallahualam.


sumber:
http://mis3fa.wordpress.com/2007/03/20/rahsia-khusyuk-solat-membaca-surah-al-fatihah/