Friday, August 19, 2011

12 BARIS MANUSIA MENUJU AKHIRAT....sumber tazkirah ini drpd email opis zana...

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Monday, August 15, 2011

puasa oh puasa

Hai...hari ni dah 15 hari puasa rupenyer......hhhmmm zana dah sensorang kat opis ni...time rehat (1-2 ptg) mcm ni mmg sesuai nak berblog hehhehe...dorang yg lain2 dah kuar biasa la dah dekat2 nak raye ni semua pi shopping la...lagi-lagi sbb masing2 baru dapat bonus setengah gaji  hehehehe....

Ni nak cite pasal puasa lak...seingat zana, zana mula serius posa masa umor 7 thn la kot. Masa tu mmg konon jaga betul2 posa hahahha sampai adik2 yg lain nak buka posa zana la org yg paling garang kalau dorang tak nak posa hahahha...mmg betul dulu zana garang. korang  tak caye ker hhahahha...

Ingat lagi masa tu balik dari sekolah masing2 naik basikal nak balik umah....masa tu kat kampung rembau negeri sembilan, dah la posa...nak naik bukit tu kena tolak basikal..adik zana yg si diklin tu...bising mulut dia cakap nak bukak posa..nak bukak posa....tak larat..penatla mcm2 la...zana ape lagi marah2 la...sampai zana geram cakap kat dia "ha pi la minum air kat daun2 tu kalau tak nak posa" yg adik zana ni dia ulang2 jer cakap...."jana..diklin haus la nak air" tensen tul masa tu...hahhaaha

Sampai umah jer...dia terus blari pi kat mak nak mintak bukak posa sampai nak nangis...mak mula-mula tak bagi...lama2 kesian kot...mak pun bagi tapi zana yg tak bagi hahahhaha jahat tak wakkkakak...last2 cemane tah zana pun tak ingat...sama ada diklin bukak posa atau tak atau pun zana ngan diklin pulak same2 bukak posa hahhaha..bila bulan posa jer mesti teringat hehehe...masa tu time mandi2 pun bleh minum air skali hahhaha. siap cakap dalam hati "alah terminum bukan minum hahhahah" hmmm zaman budak-budak...

Sekarang ni dah besar...kena betul2 jaga posa..tak ganti posa nanti kena bayar fidyah. Bukan boleh suka-suka tak posa n tak ganti posa. Bila nak bayar fidyah tu pun kena gak ganti dulu posa yang tertinggal. Kalau yang pompuan kan ada excuse...bila tak posa jer nak makan pun curi-curi hehhehe. macam org salah jer... :) 

Tapi kan walaupun kitaorg boleh makan semasa bulan posa...mmg rase mcm posa gak...minum air pun tekak kering jer...makan pun mcm tak makan jer...kadang2 pelik gak zana...kenape yer...bulan ni lain dari yang lain...Istimewa sungguh!!! mmg terasa perbezaannyer..itulah hanya Allah sahaja yang tahu....subhanallah....

Sunday, August 14, 2011

Emmm ni baru betul rumahku syurgaku hehehhehe

Tadi pi jenjalan pagi-pagi dah kuar umah..niat sebenarnyer nak pi pasar beli barang basah utk memenuhkan peti ais jer hheehheh..lepas je selesai membeli belah...suami ajak pi kedai kete emm ape lagi pasal mencantekkan kete dia la...selesai jer semua tu...tetiba suami ajak pi tgk tapak RUMAH BARU kami hehhehe....

Zana ada amek gambar tapak umah tu tadi...bila tgk gambar smula bilik yg keempat tak amek lak rupenyer..... umah tu nanti akan ada 4 bilik tido, 2 bilik air.... mgkn tahun 2013 baru kitaorg masuk umah...INSYAALLAH....

Okay bawah ni sedikit gambaran rumah kitaorg tu nanti....tempat alamat dia masih perlu dirahsiakan....hehehe jgn marah ok huhuhuu.

area lot rumah kitaorg ni...


ha tu lah nombor lot umah kitaorg ---4975---



punyer la suke tgk muka suami zana ni hehehe senyum lebar...seronok tau....
yang ini nak cakap suke ke tak suke pun tak tau la hahaha zana suke la...ni la tapak umah kitaorg nanti...amek dulu sebelum keje2 pembinaan mula....
lebih kurang mcm ni lah rupa umah kitaorg nanti bila siap...insyaallah...
amek dari sisi sini lak heheheh
bilik utama


bilik ke dua

ni bilik ke tiga....bilik keempat yg dorang letak 2 katil single lupe lak nak amek... aduss :(

ruang tamu

hmmm tempat masak dekat ngan ruang tamu...tak best la...suami zana cakap nanti dia nak alih dapor ke belakang...ye yeee takde la zana masak2 org nampak hehehehe

sisi lain ruang tamu

hmm penggunaan warna merah, cekelat, cream n putih kan...cantek gak

ruang ni akan dikosongkan....dapur akan di alihkan ke kawasan belakng...keje-keje renovate umah  akan dibuat setelah umah mendapt CF nanti

keadaan belakang umah.. akan kitaorg tarik....renovate ler huhuhu

tepi umah
Serba sedikit pasal rumahku syurgaku...tahun 2013 tu kejap jer...nanti tup-tup zana buat entry KAMI MASUK RUMAH BARU hehhehhe...takpelah...sabar...sabar dan sabar buat masa sekarang ni...zana akan update blog zana ni setiap keje2 pembinaan umah tu nanti....insyaallah kalau nyawa panjang kan hehehhe...babai jumpe lagi...

Saturday, August 13, 2011

hmmmm aura rumah baru heheeh

Hai semua...semenjak dua menjak ni..zana dapat rase ada aura rumah baru hehehe....sekarang ni zana dok ni umah sewa jer...setiap bulan kitaorg bayar RM500 tepat pada tuan rumah. setiap kali gaji masuk terus suami bank in kan...ramai yg cakap "rugi la zana bayar banyak tu tiap2 bulan utk rumah sewa...baik ko bayar banyak tu utk umah sendri jer" hmm mana2 la..zana tak kisah...

Setiap keluarga kan ada perancangan dia masing2....kami pun ada perancangan kami sendri...

Bagi zana ngan suami...kitaorg nak beli umah biarlah umah yang selesa takdelah sekeliling sesak hiruk pikuk, umah tu mestilah nyaman dan pemandangan luar yang cantek....ceh wah!!! hehehhe sedangkan umah sewa pun kitaorg siap cat masa masuk dulu.. cat umah ni sbb dah tak cantek, mcm umah buruk jer hhahahha jgn marah yer tuan rumah huhuhuhu....kitaorg buat macam2 asalkan umah ni selesa dan cantek luar dan dalam umah..barang2 perabot rumah sewa pun mcm dah nampak rumah tu kitaorg yg punyer hahahhaha...selamber jer tebuk2 umah siap pasang aircond lagi hahhaha. 

Laman umah sewa kitaorg siap zana tanam bunga macam2 lagi...bukan zana tanam kat pasu jer...tanam terus kat tanah pun ada hahhaahah tanam nenas la, cili la serai la pucuk ubi la, pokok inai la, pokok bunge matahari la, bunga mawar la, bunga kertas la....macam2 ada haaha selamber tak huhuhuh....kalu org lain menyewa umah kan dibiarnyer laman umah bersemak samun...kitaorg tak mcm tu.....kitaorg suke kemas umah mcm umah sendri....haaaaa yang untung sape? hmm mesti la tuan rumah kami hahahah rumah beliau dijaga rapi huhuhuh...

kat bawah ni zana letak la beberapa keping gambar yg zana suke tengok2 dalam google heehhe...meh tgk bawah ni.

cantek kan...lembut jer warna bilik ni...

ni terang sket tapi masih cantek

zana suka ruang tamu yang terang mcm ni

dapor ni terlalu english style sangat...tapi kemas kan hehhehe


ni pun cantek n terang

bilik tido kan sesuai kaler yg malap n romantik hehehe

wah ni terang n cantek...ceria btul...

nampak lapang kan..guna banyak kaler putih n cream

guna satu kaler jer....ni bagi zana hmm ok ok jer

ni pun ok la sbb nampak sempit lak.....tak sesuai utk org yg ada budak kecik ni hehhehe

nanti nak wat bilik anis mcm ni la kot hehehhehe ceria

ni bilik anak dara sesuai kan hehhehhe..anis pun suke yg ini dari gamabr yg atas dia ni.... :)
Hmm kalau nak beli umah kena rancang betul2...jgn sekadar beli lepas tu susunan dalam umah tu hmmm main lantak2 jer...tak cantek la mcm tu...masuk umah ngan perabot campur2 tak tersusun hmm tak best la mcm tu...mgkn betul gak org tu beli umah tapi tak mampu nak cantek2kan umah dia kot...satu lagi org yg baru dok umah ni kebanyakannye umah tu kosong...lapang jer...lepas tu dibeli la satu2 peralatan umah sampai la umah tu penuh banyak sangat barang campur2. 

Apa salahnyer pi kat home deco mana2 pi tempah kontraktor utk deco umah dulu...bila masuk umah hmmm cantek jer rasa tenang jer...hish..hish...hish.....hehee pendapat zana jer la.....nanti adal lak yg terasa bila bace blog zana ni hehhehe......masing2 punyer idea la nak cantekkan umah kan heheeh...ok takpe la sekarang ni kan kalau ada jer DUIT hmm semua boleh jadik kan..kan..kan...

Impian zana ngan suami pulak....kitaorg akan beli umah dan terus siap2 deco umah tu luar dalam dulu baru la kitaorg pindah...bila balik keje hmm rumah cantek...semua jadik mudah...ape yg mudah ek hahhahaha...

tu pasal la kitaog tak beli-beli umah lagi...dok mencari lagi utk dapat yg sesuai n kumpul duit....harap2 impian kitaorg dapat dok umah baru ni tercapai la.. ok babai!!! :)

Tuesday, August 9, 2011

Kerajaan umum bonus setengah gaji hehhehehe

Baru je cite ni emm masih panas la org cakap...dah kecoh kat fb pasal ni....ada yg marah tu..tensen  semacam jer...ada yg bersyukur tu..suke jer hehheh..

Macam-macam ragam manusiakan...bila tak dapat hmm dimintak2 bila dah dapat emm marah2 pulak...takkan hal2 rahsia negara kenape tak boleh bagi bonus seperti yang dimohon sebelum2 ini DIHEBAHKAN kepada umum kan...tu rahsia kerajaaan la...kita akur sahaja..adalah sebab kukuh kenape tu.....dah dalam surat pun tertulis rasmi  "saya yang menurut perintah" hehehheh. Yang kat bawah ni zana amek dari Sokkabar UTUSAN.

Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam

08/08/2011 6:15pm

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

08/08/2011 6:15pm dari UTUSAN

hmm tengah bulan ni masyuk la kita wakakakaka... bila dah diumum mcm ni mula la warga kerja swasta mintak bos memasing bonus lak.....tapi dorang nyer bonus tak mcm kita penjawat awam hahaha sama la taraf keseksaan mereka bekerja swasta...kita tak bleh nak jeles..sbb keje kerajaan dah banyak dimanjekan dah.... :)

Sunday, August 7, 2011

mari belajar wat kek cekelat lembab yg best hahahah

Hai semua!!!! selamat menjalankan ibadah puasa.....dah hari ke 7 kita posa kan hehhehe...
Bersua kembali setelah lama zana menghilang hehehhe tak ke mane2 pon...cuma takde cerita yg nak dikongsikan dalam blog ni hehhee...

Hari tu zana ada beli online tepung utk wat kek cekelat moist...hmmm alhamdulillah jadik cuma comot la....sbb anak zana tolong sekali....suke benar dia....alah si anis tu la...

Okay zana masukkan gambar2 yg telah dirakam masa sblm buke posa tadi...org sibuk wat kuih raye...zana lak sibuk nak cuba wat kek cekelat hehehe..cite dah panjang lebar..gambar tak masuk2 lagi ni hehhhe :)

ni la zana beli online kat Suria Shop dalan fb....harga dia semua ni RM19 termasuk harga penghantaran....

Barang2 yg kita kena tambah...susu cair, telor ngan hiasan kek la..kalau letak badam hancur pun cantek...
inilah anak bujang zana si Zakhwan...sian demam...
amek gambar dekat sket hehehheh

ni la anis yg kecoh nak tolong serba serbi....si Zakhwan demam hari ni...

dah siap bancuh emmm mcm ni rupenyer...kek ni bleh bakar or kukus...so zana suke kukus la senang tak de la terhangit ke ape ke kan hehheheh

masa ni kan tgh posa....zana suh anis tu rase ape yg digodek2 tu...(dia kan tak posa) dia cakap " Mak!!! sedap sangat la cekelat ni"

dah dalam periuk kukus pun nak gak amek gambar hahhahaha

ini rupa belakang kek....emmm entah la...

ini rupa depan dia hahhahah buruk benor


zana tepek cekelat kat atas kek tu sblm anis meneruskan keje dia mencomotkan hahahha


aktiviti menabur hiasan.....anis yg wat semua ni..




ha ini lah hasil dia...heeehhehehe suami zana gelak tgk kek ni comot dia kata... :)


Apa-apa pun akhirnya siap jugak...kejab jer buat dia...sambil zana buat ni zana leh masak utk buka tau..kek tu bila dah msak jer kena ketepikan dulu utk buat cokelat atas dia...so tadi masa zana buat topping tu lupe lak nak amek gambar dia hahhaha...

Esok baru leh makan...dah malam tak bleh makan berat2 hehehhe diet la katakan.....sejukkan dalam peti ais dulu..esok mmmm mesti sedap sbb dah sejuk...

sekarang ni zana sambung cite hari ni dah 9 ogos 2011 jam 10.12mlm  ni zana nak masukkan gambar baki kek zana tu hehehe...

Ha tinggal ni jer dlm peti ais tu sbb siang tadi zana dah potng2 kek tu bagi sorg sket kat opis (seksyen pembangunan.BPMI jer) dorang dapat yg dalam bekas tau fu fa tu heehhehe..segan sbnarnye nak bagi tapi emmm suka hati la dorang nak kata ape kan..... hahha tak sedap ker sedap ker emm terpulangla...lagi pun first time zana buat kek ni haaha