Thursday, November 11, 2010

Peperiksaan PTK 2/2010

Salam semua, dah lame jugak zana tak borak dalam blog ni. Baru-baru ni zana ambik PTK. Korang tak kan tak tahu ptk tu ape....PTK tu Penilaian Tahap Kecekapan...macam peperiksaan la jugak utk kenaikan pangkat, naik anjakan gaji... khas untuk org kerajaan mcm zana ni ha........



PTK zana tu bermula dengan taklimat sebelah malam untuk hari pertama...8 november 2010. zana pi sorang2 (sbb tak nak menyusahkan hubby) ke opis bawak kete sbb taklimat mula 8.30mlm sampai 10.15mlm. Taklimat malam tu hanya memberi beberapa tips menghadapi sesi ptk ni dan senarai kumpulan masing-masing. Zana punyer group no. 5 kena  pulak jam 11.00 pg dan 4.00 ptg. Ahli kumpulan zana Pn.Norfazilawati (J29) dari JPS Bahagian Korporat, En.Norlizam (J29) dari JPS Hulu Langat dan Pn. Siti dari Jabatan Alam Sekitar (C27) . Wah syukur bukan group pertama....

Esoknyer 9 nov 2010 jam 11.00 giliran zana n the group kena sesi perbincangan kumpulan jam 11.00 sampai 11.30 pg. Perbincangan kumpulan kitaorg.... kena bincangkan maksud/istilah dan syarat-syarat tambang gantian dan bayaran saguhati persidangan. Apa lagi macam2 dibincangkan buat mcm takde sape2 yg dalam bilik tu kecuali kitaog satu group jer.....dan syukur mmg dipermudahkan oleh Allah swt semasa sesi tu berlangsung. Habis sahaja sesi perbicangan kumpulan tu..kitaorg dapat pujian daripada panel penilai....ayat pujian puan tu mcm ni " bagus yer kumpulan awak, nampak awak semua ni mmg membaca tak macam kumpulan lain...kami puas hati dan tahniahlah saya ucapkan" waaaaaaaaa...........hati kitaorg berbunga-bunga mcm nak terbang jer mase tu hahahhah...lawak..lawak...

Bila sesi petang tu pulak. Sesi temuduga berkumpulan. Sesi ni tak macam sesi pagi tadi. Sesi ni lebih kepada menjawap terus kepada panel penilai. Kita kena jawap bila diajukan soalan sahaja. jgn memandai nak tolng jawapkan utk kawan atau pun memotong kawan bercakap. hmmm nanti tak pasal-pasal markah kita dipotong huhuhu. Zana kena soalan pasal apa itu cuti tanpa rekod, cuti haji, wawasan 2020, 1 malaysia, rumah kerajaan, tonggak 12 emm ape lagi yer...syukur semua boleh dijawap dgn sempurna kecuali cuti tanpa rekod boleh zana blur huhuhuh....cuti tanpa rekod ni mcm suami dapat cuti 7 hari sbb isteri bersalin emm mcm tu la lebih kurang. tak ingat la mase tu ....takpelah sbb yg lain2 zana dapat jawap...takdelah tensen sgt.


Selesai la PTK zana dalam satu hari tu.. esoknyer 10 november 2010, kitaorg kena jawab exam 40 soalan objektif dalam masa 1 jam. Yg ini mmg zana banyak hentam hahahhah...bahaya tau soalan objektif ni...menjerat sungguh. entah la...dah selesai pun semua tu....sekarang ni tggu keputusan jer la...lagi pun PTK dah nak dimansuhkan mulai Jun 2011 ni....

best tgk gambar bawah ni....meniru selamber jer hahaah.....Macam-macam cara nak meniru kan...tapi kalau ditangkap meniru semasa ptk dijalankan hmm mmg kena tindakan tatatertib la jawabnyer. dihebahkan kat semua nama siapa-siapa yg dikenakan tindakan tatatertib kat dalam laman web jabatan..hahahahah berapa banyak malu dapat...malu masa kena tangkap satu, malu dihebahkan dalam laman web satu dan malu terekod dalam buku perkhidmatan kita yg kita pernah diambil tindakan tatatertib sbb meniru masa exam PTK.......

No comments:

Post a Comment