Wednesday, December 29, 2010

keje di opis.....

Cite pasal  kerja ni mmg tak habis...sejak dah bertukar tempat kerja ni...macam-macam perasaan ada.....hehehe...bukan nak kecoh2 pasal pertukaran tempat bertugas ni.....cuma nak berkongsi apa yg dirasai sebelum dan sekarang ni...heheh lebih kurang la tu sbnarnyer huhuhu

Dulu tempat keje lama zana mmg2 sibuk.....keje sampai tak perasan waktu balik.....selalu suami zana la sms ingatkan time balik keje...(kami suami isteri keje satu bahagian masa tu)..sekarang ni..sejak dah dok bahagian baru ni....zana pulak yang slalu bg sms kat dia waktu balik hahahah....dulu unit zana jage ISO bahagian dulu...ada gak pi tgk stesen hujan kat negeri..itu pun sbb tuntutan ISO jugak tu..dah tertulis ada kerja-kerja lawatan stesen hujan yang di ISO kan perlu dilawati oleh unit kitorg. 

Zana melapor diri kat Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia pada 16 Januari 2006 (ingat lagi masa tu suami zana la yg tlg hantar pi lapor diri...masa tu kitorg lom kahwin lagi hehehhe)..so setiap 16 Januari tu tarikh keramat zana la berkerja di sektor awam ni...thn depan dah masuk Januari...bila tgk kalendar, 16 jan tu jatuh pada hari ahad......hehehhe...cuti masa tu. setibanya di Hidrologi, zana diberi tugasan hakiki lain yang ada juga tertulis ISO di dalamnya. masa tgk kena wat ISO tu...hati mula gundah gulana...ye lah tak pernah tahu apa ISO  dan ingatkan wat keje2 teknikal jer....mulai hari itu zana study apa itu ISO, pi jumpe pakar-pakar ISO seperti Tn. Hj. Ariffin, Pn. Raudzah, Hjh. Maslina, Dr. Anuar dan ramai lagi la...lupe dah hehehe sorry...

Pakar-pakar inilah yang memberi tunjuk ajar yang tiada sempadan sampai la zana boleh uruskan sendri ISO bahagian..alhamdulillah...dlam masa beberapa tahun, oleh kerana unit zana kerap bertukar bos, zana terpaksa berkeje keras untuk memahami bidang ISO. Siang keje dan malam pun keje di rumah..dari tak kahwin sampai kahwin dan ada anak 2 org dah sekarang. Anak2 zana dulu sentiasa jadi mangsa ikut zana pi opis wat keje..dari dorang dalam kete sorong sampai dah bleh berlari-lari. kenangan....

Macam-macam zana belajar kat Bahagian lama...bila tiba pertengahan tahun 2010, tiba-tiba terase diri patut mengambil langkah baru iaitu bertukar tempat bertugas mencari pengalaman lain pula. tup..tup..tup...bulan 8  tu kak yati dari Bahagian Pembangunan Modal Insan call zana bgtau ada kekosongan di bhgn dia...sampaai 2 kekosongan pulak tu...balik umah jer zana bincang ngan suami..nak mintak tukar...ok dia pun setuju zana pindah..... tapi bila org tanyer kenape zana mintak tukar...susah zana nak terangkan kenape.......biarlah ianya  menjadi rahsia diri kan....sbnarnye tak tahu nak jawap soklan tu hahahha....

Zana pun mulakan langkah dgn menulis surat permohonan tukar tempat bertugas dgn alasan suami juga bertugas di dalam bahagian yang sama. Cepat jer proses permohonan tu sbb suami isteri mmg tidak digalakkan sama-sama keje dalam satu bahagian.....(kalau korang yg keje satu tempat ngan suami, nak mintak tukar emm boleh...cepat jer nanti prosesnyer...tak caye emmm cube la)  dan bermula pada 1 september 2010 zana melapor diri ke Bahagian Pembangunan Modal Insan bekerja sehingga sekarang ni......

Kini...zana masih lagi dalam proses memahami kerja-kerja hakiki dan sedaya upaya buat yang terbaik untuk unit bahagian ini...bersyukur kerana diberi kebenaran bertukar tempat bertugas dan dalam pada itu zana juga sentiasa beringat...setiap perkara yang telah berlaku dan yang akan datang  pasti ada yang best dan yang tak best...so kena redha la apa-apa yang mendatang selepas ini hehehehe...


No comments:

Post a Comment