Tuesday, August 9, 2011

Kerajaan umum bonus setengah gaji hehhehehe

Baru je cite ni emm masih panas la org cakap...dah kecoh kat fb pasal ni....ada yg marah tu..tensen  semacam jer...ada yg bersyukur tu..suke jer hehheh..

Macam-macam ragam manusiakan...bila tak dapat hmm dimintak2 bila dah dapat emm marah2 pulak...takkan hal2 rahsia negara kenape tak boleh bagi bonus seperti yang dimohon sebelum2 ini DIHEBAHKAN kepada umum kan...tu rahsia kerajaaan la...kita akur sahaja..adalah sebab kukuh kenape tu.....dah dalam surat pun tertulis rasmi  "saya yang menurut perintah" hehehheh. Yang kat bawah ni zana amek dari Sokkabar UTUSAN.

Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam

08/08/2011 6:15pm

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

08/08/2011 6:15pm dari UTUSAN

hmm tengah bulan ni masyuk la kita wakakakaka... bila dah diumum mcm ni mula la warga kerja swasta mintak bos memasing bonus lak.....tapi dorang nyer bonus tak mcm kita penjawat awam hahaha sama la taraf keseksaan mereka bekerja swasta...kita tak bleh nak jeles..sbb keje kerajaan dah banyak dimanjekan dah.... :)

No comments:

Post a Comment