Sunday, October 14, 2012

Cantik

Hai semua!!!  

Hmm bila dah mula dapat berblog ni...mesti nak menulis jer...kali ni zana nak cerita pasal cantik pulak..

pssst...emm nak tau tak...dulu ada sorg pakcik kat opis zana selalu puji zana cantik..dan dia cakap zana sama sebijik macam bekas girlfriend lama dia dulu...ceh wah hihih....sampai setiap hari lah mesti dia masuk opis zana semata2 nak jumpe, berborak ngan jengok zana...sekarang orang tu dah pencen.. emm takde la setiap hari dia jenguk zana..sunyi pulak dia takde hihihi rindu ker huhuhu...eh zana anggap dia sebagai pakcik saudara jer...zana harap dia sekarang melalui zaman pencen dia dengan banyak aktiviti menarik bersama keluarga tercinta...ok habis situ je... :)

CANTIK..kalau tgk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka..cantik ni salah satu maknanya ialah dpt menimbulkan kesenangan atau kegembiraan kpd perasaan apabila dipandang; menarik atau manis. kat mukasurat berapa kamus tu zana tak tau la hahahaha alah bukak je google kamus tu hmmm keluar la semua difinasi cantik. tapi bila kita taip image cantik kat google...hmm keluar semua gambar2 perempuan kebanyakannya yg seksi meksi jer..mungkin istilah cantik yang en.google faham ialah perempuan yang seksi itu cantik kot hehhehe...gatal en. google ni tau huhuhu...

Sebab apa zana nak bercrite pasal cantik ni kerana jawapan suami zana bila zana tanye dia pasal istilah cantik iaitu:
Kecantikan seseorang wanita itu bukan terletak hanya pada rupa paras dia....sebenarnya pertuturan dan tingkahlakunya yang banyak mempengaruhi...walaupun dia cantik cemane pun, senyuman menawan, ayu wajahnya....tapi bila bercakap... suka bertempik2 dan memaki2.. ketawa berdekah2..emm hilanglah semua serinya..ZERO!! 
zana tertanya2 jugak adakah semua lelaki berfikiran macam tu..mereka suka kan wanita yang sopan santun, lembut bila berbicara...menjaga tingkahlaku...tapi mungkin ada juga yang suka wanita yang outspoken kan...suka yang kecoh2..bising2...emm pendapat masing2. 
 Cantik ni boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan...ceh wah macam prof pulak dah...
1. kumpulan yang pertama... wanita itu sememangnya cantik luarannya...
2. kumpulan yang kedua... wanita itu cantik dalaman...
3. kumpulan yang ketiga... wanita tu cantik luaran dan dalaman...
Okay...zana tak nak cerita setiap kumpulan tu..tapi zana nak cerita berkenaan maksud luaran dan dalaman tu jer...kalau cantik luar ni semua maklum kan..hanya cantik sebab wanita tu dah sememangnya cantik dan pakaian cantik dan make up pun cantik..tu la cantik luaran...orang yang memandang seronok melihat dia. Cantik dalaman ni kita akan nampak bila kita dah lama kenal dia.. dengan melalui percakapan yang sopan, tingkahlaku yang menyenangkan..tu la cantik dalaman...tu la ada bila suami handsome..isteri tak cantik langsung...yang isteri punyerlah cantik..suami hmm hancuss hihihi...tu la namanye cantik hati.. orang kita akan nampak orang tu tak cantik tapi pasangan dia akan nampak dia cantik..sebab..sebab hati dia yang cantik...tulah cantik dalaman..kalau cantik luaran dan dalaman korang dah boleh bayangkan kan...alangkah seronoknyer kalau kita ni cantik luar dan dalaman kan....tergolong dalam kumpulan yang ketiga tu hihihi...
Tetiba zana teringat tv astro al-hijrah kot...ada ustaz ni cakap JANGANLAH KITA RISAU DAN SUSAH HATI DENGAN SEGALA KEKURANGAN KITA..TAPI RISAULAH DAN BERJAGA-JAGA DENGAN KELEBIHAN YANG KITA ADA"...KELEBIHAN ITU SELALUNYA BUAT KITA MAKIN JAUH DENGAN ALLAH...subhanallah...
so kita-kita yang tak cantik ni jangan risau ok..org yg cantik2 tu sebenarnyer yg perlu risau hihihih sebab bila dia rasa dia cantik dia akan sentiasa rasa bangga diri dan semakin jauh dgn Allah...so kita ni patut bersyukur... kita dicipta dengan paras rupa cemane sekali pun..semoga kita sentiasa beringat....... :) babai jumpe lagi

No comments:

Post a Comment