Sunday, October 14, 2012

Sejarah NowFhaL JPS Malaysia

Hai semua!! Assalamualaikum...



Lepas zana menulis pasal Festival Nasyid NRE 2012 tadi...Tetiba tergerak pulak hati ni nak bercerita pasal sejarah tertubuhnya kumpulan NowFhaL di JPS ni..

Okay ianya bermula dengan email dari Cik Sazliana (bos zana sekarang ni)  kepada warga JPS berkenaan penyertaan terbuka kepada semua yang berminat untuk menjadi ahli nasyid JPS Malaysia. Zana pada masa tu masih bertugas di Bahagian Hidrologi (tengah tahun 2010) hantar la email pada Cik Sazliana ni maklum pada dia yang suami zana Firdaus bin Mohd Mubin adalah bekas penyanyi nasyid Politeknik Shah Alam dulu (hihihihi tanpa pegetahuan suami zana). Zana tulis dalam email tu zana mintak rahsiakan identiti zana yg bagi maklumat ni daripada firdaus hihihi...Balik rumah jer suami zana cite la yang dia dapat email dari Sazliana pasal mintak masuk nasyid...dia pelik cemane org leh tau dia nasyid dulu....zana dgr diam jer...tapi dalam hati zana dah gelak besar hahahhahaha....yg bestnyer sbb cik sazliana pegang janji...tak bgtau siapa yg bagi maklumat yang mengatakan firdaus boleh nyanyi nasyid dan bekas nasyid poli...tapi last2 zana bgtau jugak la kat dia selang beberapa hari sape yg bgtau cik sazliana pasal dia huhuhu...dia gelak jer...nasib baik tak marah..zana mmg tak selesa nak berahsia ngan dia apa2 cerita pun...

Tak lama tu jer zana dapat pulak surat pindah ke BPMI....memang zana mintak tukar bahagian pun sebab nak tukar angin pulak dah 4 thn di bahagian yang sama...bosan hihihi....rupenyer zana satu seksyen ngan cik sazliana pulak...emm mmg jodoh kuat kot utk zana berbakti pada nasyid JPS dan merealisasikan harapan suami zana yang nak tubuhkan nasyid JPS dengan nama NowFhaL hahhaha...ok tapi tahun 2010 tu zana tak uruskan nasyid sbb zana masih baru...masuk bahagian baru bulan september thn 2010...pi tgk latihan nasyid pun tak berani ape lagi pi tgk dorg bertanding kat putrajaya...ada la sekali zana masuk tgk dorg berlatih...firdaus asik tersasul nyanyi....cik yan cakap sebab zana ada dalam dewan ni firdaus asik tersasul nyanyi jer hihihi..zana pun keluar la.....masa tu obe (kawan kelas poli zana ngan firdaus) jadik cikgu nasyid dorang...masa ni la nama kumpulan nasyid JPS ditukar dari nama Nur Kasih kepada NowFhaL ..

NowFhaL ni sebenarnya nama kumpulan nasyid masa kat politeknik shah alam dulu..Faizal (Obe) dan firdaus (Bushey nama panggilan dia masa kat poli) satu kumpulan masa tu. Obe tu adik kepada salah seorang anggota Kumpulan Nowseeheart yang bernama firdaus juge. emm sama pulak nama abang dia ngan suami zana kan hihihi...Masa kat poli shah alam tu (tahun 2001-2004) memang ramai peminat kumpulan NowFhaL ni..banyak persembahan dorang mesti ramai je org nak tgk hmm dah macam artis la...zana pulak terlibat secara tak langsung dengan kumpulan ni sebab zana buat lirik beberapa buah lagu dorang..kira zana ni belakang tabir la....lagi pun masa tu zana rapat ngan firdaus..kawan sekelas la kata kan....masa tu kitaorg dalam proses mengenali diri masing2 hehehe ceh wah!...masa dorang nyanyi guna lirik zana...wah rasa macam dunia ni zana yang punyer hihiihih...tak kisah la walaupun org lain tak tahu pun lirik tu zana yg buat huhuhuhu...

So oleh sebab firdaus/suami zana ni pernah berniat nak tubuhkan kumpulan nasyid kat JPS ni tapi tak tau cemane nak mulakan...bila dapat je email pasal penyertaan untuk jadik ahli kumpulan nasyid...dia terus setuju....so dia namakan kumpulan nasyid kepada NowFhaL. Pihak pengurusan BPMI pun setuju je nama baru tu emm sampai la sekarang...so dalam tak sedar dari tahun 2010 sampai 2012 ni dah nak 3 thn la Kumpulan NowFhaL telah ditubuhkan di JPS Malaysia ni.

Tahun 2010 anggota kumpulan NowFhaL ada 6 orang iaitu Harris, Hafriz, Firdaus, Miezan, Azri ngan Nawi. Dorang nyanyi accapella lagu Sahabat dengan Taubat Raihan. Dorang bertanding dalam Festival yg sama la untuk kali pertama menggunakan nama kumpulan NowFhaL . Namun nasib tak menyebelahi kerana tak de rezeki...sbb dorg dah kalah time saringan lagi hhiihihi tak lepas pun utk ke final :( ....takpe cuba lagi tahun depan..

Tahun 2011 masa ni zana diberi kepercayaan sedikit untuk uruskan kumpulan ni pula..zana la yang buat surat menyurat perlantikan ahli nasyid, surat panggil latihan nasyid, set up mic dorang untuk berlatih...carik lagu..berhubung dengan org yg buat minus two emm macam2 la...masa ni takde duit nak upah cikgu..so firdaus la yang beri tunjuk ajar segala ilmu yg dia ada...ahli nasyid masa tu Firdaus, Azri, Aiman, Miezan dan Hafriz....Tapi hafriz tak lama..disebabkan kesibukan dia bekerja...dia terpaksa tarik diri..so yang meneruskan perjuangan latihan demi latihan adalah firdaus, azri, miezan dan aiman...dorang bawa lagu Usia Antara Masa, saujana dengan Aku tanpa cintamu, mirwana. Syukur alhamdulillah tahun ni tahun pertama kalinya kumpulan nasyid jps dapat masuk ke peringkat final..walaupun kalah jua di peringkat final...memang takde rezeki menang...tapi dah dapat masuk peringkat Final tu dah cukup bertuah. kita cuba lagi tahun depan.. :)

Tahun 2012, zana masih juga yang menguruskan kumpulan ni seperti biasa..tapi tahun ni zana mengalami masalah kekurangan ahli nasyid..dari berempat tahun lepas kini dah tinggal berdua jer...miezan dengan suami zana jer...masa ni la Firdaus suami zana tu berkali2 cakap dia nak stop taknak bertanding tahun ni...zana puas pujuk dia supaya stay utk teruskan bertanding..Azri tak dapat beri komitmen masa latihan so dia terpaksa tarik diri..aiman pulak kata nak join tapi setiap kali latihan dia hanya datang 2 ke 3 kali jer lepas tu langsung tak datang2.... zana pening kepala memikirkan cemane nasib NowFhaL......zana selalu berdoa agar dipertemukan dengan org yang pandai nyanyi suatu hari nanti....Allah maha mengetahui segalanya.....tiba-tiba satu hari tu zana terdengar bunyi azan yg sangat best ..tak sumbang pun mcm biasa2 dengar...mendayu2 laungannya...sejuk hati bila dengar...terpikat la zana dgr...emm leh jatuh cinte hahhahaha....kalau dia tak azan...rindu pulak ...dasat..dasat...dalam hati terdetik siapa pula mamat ni...zana berharap agar tu bukan suara org yg datang berkursus di sini..bila setiap waktu zuhur dan asar bunyi azan yang sama..zana makin pelik..siapa gerangan suara tu..


Maha suci Allah...rupanya Allah hantar seseorang utk selesaikan masalah zana berkenaan anggota nasyid ni...itu la zahari nama dia..zana dengar azan dia sangat bagus dan pasti dan semestinyer suara nyanyian dia bagus jugak kan...zana ambik keputusan record suara masa dia tgh azan guna hp jer dan bagi pada suami zana utk dgr masa kat umah..tak sangka suami zana tertarik dgn suara dia so ada harapan la NowFhaL. Si zahari ni pulak rajin lalu kat seksyen kitaorg utk ke surau..apa lagi zana ambik kesempatan tanye dia apa fb dia....nak tak masuk nasyid ngan koir...dia cakap koir tak berapa nak sangat..kalau nasyid dia nak..Syukur alhamdulillah sukenyer dalam hati zana masa tu hihihihi...

So bermula la NowFhaL berlatih dengan ahli baru..sekarang ni ada firdaus, miezan dan zahari sampai la ke hari pertandingan 11 oktober 2012 lepas. Dorang bawak lagu Muhasabah Cinta dan Rintihan...banyak dugaan masa latihan..ada yang sakit tekak..sakit mulut..sakit gatal2 badan..emm macam2 la....tapi dorang tetap juga teruskan walaupun firdaus dah semakin putus asa utk teruskan..selalu la cakap nak berhenti tak yah masuk bertanding dengan alasan tak cukup orang dan masa latihan....(ala dulu kat poli pun dia mmg macam tu... kejap masuk nasyid kejap keluar..suke2 hati dia jer...mentang2 la suara sedap ek...hihihihi) miezan dan zahari lah yang selalu bagi semangat agar teruskan...akhirnya mereka bertanding...

Bertanding hari tu pun masih juga takde rezeki untuk menang..tahun ni NRE tak buat sesi saringan lagi seperti sebelum2 ni disebabkan kekangan peruntukan katanya...so terus bertanding ke final semua...NowFhaL masih juga tidak dapat tergolong dalam 3 kumpulan terbaik...cuma menerima hadiah saguhati berupa hamper besar dan sijil penyertaan....kami terima dengan redha keputusan pihak juri..tahun depan cuba lagi kan...jgn putus asa..mungkin nak carik lebih ramai lagi tahun depan...nama kumpulan kekal..

Itulah dia asal usul kumpulan nowfhal di JPS Malaysia ni...zana berharap agar kekal la nama kumpulan ni sampai bila2..Insyaallah a..min..so...jumpe lagi yer..bye!


No comments:

Post a Comment