Thursday, February 21, 2013

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2012

Assalamualaikum w.b.t semua.. dan salam sejahtera kepada yang MASIH BELUM lagi memeluk agama yang paling sempurna ini iaitu ISLAM. Saya doakan agar suatu masa nanti anda akan menganut agama  ini..insyaallah..amin. :)

Syukur Alhamdulillah tahun 2012, zana telah dipilih sebagai salah seorang pekerja yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Email yang zana terima pada 15 Februari 2013 :

Tahniah di atas pemilihan tuan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2012. Dikemukakan surat pemakluman berkenaan.

2.  Majlis APC 2012 akan diadakan pada 25 Februari 2013 jam 9.00 pagi di Auditorium JPS Ampang dan raptai akan diadakan pada 24 Februari 2013 jam 8.30 malam di tempat yang sama.

3.  Mohon kerjasama tuan untuk mengesahkan kehadiran ke kedua-dua upacara berkenaan dengan kadar segera sebelum/ pada 15 Februari 2013 ke urusnpt@water.gov.my . Bagi pegawai dari luar Lembah Kelang yang memerlukan kemudahan penginapan, sila berhubung terus dengan IPMI Zon Tengah - Puan Thuwaibah binti Abi Madian, Penyelia Asrama IPMI Zon Tengah di talian 03-42895458/ 03-4289 5400 atau Encik Irwan Shahrill bin Ibrahim, Jurutera Awam, IPMI Zon Tengah memaklumkan samada perlu/ tidak perlu penginapan di asrama IPMI Zon Tengah bagi tujuan menghadiri majlis berkenaan (penginapan hanya disediakan untuk pegawai dari luar Lembah Kelang sahaja berdasarkan pengesahan keperluan penginapan)

4.  Untuk makluman kutipan bayaran bagi gambar Penerima APC 2012 juga akan dibuat semasa raptai pada 24 Februari 2013.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,


ABDUL HALIM HJ MOHAMAD NOOR
Bahagian Khidmat Pengurusan
b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia




Zana nak attachkan surat APC tu tapi tak boleh pulak. Ingatkan nak abadikan dalam blog ni..emm tetiba sedih pulak....ok takpe la..isi email pun lebih kurang sama jer cuma yang membezakan dalam surat tu ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPS Malaysia Y.Bhg. Datuk Ir. Haji Ahmad Husaini bin Sulaiman...

Zana memang bersyukur sangat-sangat dan gembira sangat2..solat sunat syukur telah pun zana laksanakan...kepada anda semua..sekiranya mendapat berita yang menggembirakan...jgn lupa buat solat sunat syukur yer....berterima kasihla padaNya. :)

Kalau semua nak tahu ini adalah kali keempat pencalonan zana sebagai pekerja cemerlang akhirnya zana telah dipilih. Empat kali tau..emm...Sebelum ini zana di bahagian lain, zana telah dicalonkan sebanyak 3 kali tetapi nama zana dibuang disaat2 akhir atau pun mungkin tidak menepati kriteria sebagai pekerja cemerlang semasa pemilihan dibuat. kita mana tahu kan..

Masuk bahagian baru ni pada september tahun 2010..kiranya zana masih hijau di bahagian baru ini tetapi Allah beri zana rezeki yang zana tak sangka sangat2......Alhamdulillah....walaupun zana dapat rasakan ramai yang tidak berpuas hati dalam mengucapkan tahniah..namun ini semua diluar kuasa zana..bukan zana yang menentukan dan membuat pemilihan...Zana berdoa smoga rakan-rakan memahami keadaan zana ni.. amin..

Ingatlah.....Rezeki adalah urusan Allah, kita tak perlu dan tak patut sebenarnye mempertikaian dan mempersoalkan... 




Anugerah ini disampaikan Oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Sepatutnya Menteri yang datang...tapi saat2 akhir beliau ada hal yang tidak dapat dielakkan. :(

Gambar kenangan bersama suami yang tak jemu mendoakan zana..salah satu doa dia agar zana mendapat anugerah ini....Terima kasih abh! Mak doakan...tahun depan abh pulak dapat rezeki ni....Insyaallah amin.

No comments:

Post a Comment