Thursday, March 10, 2011

kesian kan orang rupanya orang tu tak kesiankan kita...kejam kan!

Hai semua, ape khabar yer hehehe...sihat tak...cerita bab sihat atau tak ni...kita ni kalau mental jer sihat tapi fizikal tak sihat emm memang nampak sgt tak sihatnyer...tapi cuba kalau sebaliknyer hehheheh...mana lebih parah..huhuhu

Bagi zana.. rasa dah dua-duanyer tak sihat... fizikal dan mental dah ni...sbb sejak akhir-akhir ni zana sakit hati sangat-sangat..ye lah berkenaan kita ni beria-ria kesian kat seseorang tu tapi rupenyer dia tak kisah langsung perasaan kita tu dan berani pulak tu ulang jugak perkara yang kita tak suke...lagi dan lagi dan lagi..sampai bila tah..

Ceritanyer mcm ni...zana ada kereta viva 850 cc manual dulu... zana beli masa tahun 2008 rasenyer.....zana mmg suka sgt2 kete tu tapi dah beri sepupu suami zana sambung bayar sbb suami zana dah beli kete lain...nissan latio... lagi satu sbb peruntukan untuk bayar bulanan kereta dah kat kete yg satu tu jer banyak tu...RM1058.00 setiap bulan..duit lagi kalau nak bayar viva bulan2...sebanyak RM381.00...daripada setiap bulan nak kena bayar RM1439.00 kat kereta jer..rugi..rugi..kalau bayar bulanan rumah banyak tu emm mesti dapat umah cantek kan...kan..kan..hehheh...


Cite pasal kesian...kitaorg mmg kesian kat dia (sepupu suami zana ni la) sbb dia mengaku susah nak beli kereta sbb gaji tak mengizinkan buat loan kete...suami zana cakap.."hari ni kita tolong orang nanti esok2 ada lah org tolong kita pulak"....tapi masa tu zana dah terfikir takut2 dia tak dpt bayar jer bulan2 sbb dia mengaku gaji dia sikit. Dia siap potostat slip gaji bulanan dan side income lain dia...zana tak berapa yakin...disebabkan suami zana yakin dan masa tu pun sama-sama terdesak, zana pun lepaskan kete tu pada dia...

Bila bulan pertama, semua ok, masuk bulan ke empat dia guna kereta tu, bank mula telepon zana, mengatakan dia selalu tertinggal untuk bayar satu bulan bayaran. Bila zana call dia, dia cakap dia tak pernah tunggak bayar pon..zana pun terangkan yg tertinggal satu bulan tu bayaran yg suami zana mintak dia bayarkan masa dia ambik kete tu dulu..rupenyer dia mula bayar masa dia guna kereta tu....satu bulan sebelum tu dia tak bayarkan.....aduss...ini macam orang pun ada ka hahahhaa...


kerap sangat bank call, lagi keraplah zana call dia..dah mcm 'along' mintak duit lak haahha...zana ni tak reti nak marah orang, bising-bising ni...marah anak reti ler hehhe...sebab watak zana ni mcm mi..ada la org ambil kesempatan. hari tu..tup-tup dapat surat peguam mengatakan notis tarik kereta, ada la dalam 2 ke 3 surat peguam zana dapat. hal lain-lain tapi pasal suh bayar bulanan kereta tu lah. pening btul kepala zana. zana call dia, dia cakap nanti dia bayar...zana pun silap gak, tak call bank tu smula tanyer betul ke tak dia bayar...hari jumaat hari tu 4.3.2011 hari ini dalam sejarah hidup zana..zana dapat SURAT SAMAN MAHKAMAH. Kena hadir diri pada 28.3.2011 ni jam 2.00 ptg di Mahkamah jadik defendan 1 dan suami zana defenda 2 . Kelam kabut zana call bank hehhhe, rupenyer bank bagi tempoh masa utk bayar sehingga 21 Mac 2011 ni. Emm nak tahu berapa tunggak bayaran kereta zana tu...EMPAT BULAN ma...hahahha padan muka zana kan hahahah....


Zana cuba call dia banyak kali tak pernah berangkat pun...agaknyer dia dah tau kot....saje zana bagi mesej banyak2 kat dia hehhehe..bgtau dia zana dapat saman tak bayar kete...dia jawap satu sms jer...dia cakap "salam cik, mintak maaf lambat reply, insyaallah minggu depan settle" mesej dia tu pada 6 Mac 2011 waktu maghrib. Hari dan waktu yang sama zana balas balik sms dia..zana bg tempoh kat dia sampai 14 mac 2011 ni jer..okay la zana bagi tempoh dari 4 Mac sampai 14 Mac. Kalau dia tak bayar gak..zana nekad ambik smula kereta tu..kalau dia bayar tapi lambat..emm zana tetap ambik jugak kete tu...sakit giler hati kecilku ini...hehehhe tulah zana cakap dah mcm 'along' mintak hutang dah zana ni hahahhaa...kalau korang kena mcm zana, apa tindakan korang...adakah masih bersabar walau banyak kali terkena atau buat sesuatu.


Entah la..kalau difikirkan memang kesian dengan dia...dulu ada jugak zana cakap kat dia zana nak ambik smula kete tu sbb boleh katakan stiap bulan bank slalu call masalah bayaran tidak memuaskan. Dia punyelah merayu-rayu cakap dia betul-betul nak guna kereta tu...dia susah nak wat loan kete...susah nak beli kete lain dan janji nak beli kete zana tu nanti...Ha nilah namanyer janji tinggal janji mcm lagu KRU tu hehehhee...


okay la sampai sini jer la zana melalut, lepas perasaan marah...kepada sesiapa yang terbaca kisah zana ni...jgn buat kesilapan yang zana buat yer...terus percaya dengan org sambung bayar kereta kita walau pun sedara ker ape ker...rambut sama hitam, hati kan lain-lain...dah kul 2.05ptg..nak pi solat ngan makan..jap gi pi opis balik...hari ni kan jumaat..waktu rehat panjang bangat hehhhehe...

No comments:

Post a Comment