Monday, March 14, 2011

Sedut Duit.......adakah benar?

Hai...tengok tajuk zana ni macam sesuatu je kan...sedut duit...adakah benar-benar boleh terjadi atau kita yg tak perasan dah terguna duit tu sblm mengatakan duit tu hilang.

Zana terbaca metro hari 14 Mac 2011 tajuk dia "Bomoh 'nyah' tukar emas jadi beras". Bila baca kisah tu jer tiba-tiba teringat lak kejadian yang menimpa diri ini hehheh ceh wah...tapi ni benar-benar berlaku. 

Zana sendri tengok dalam bank zana mana hilang nyer duit zana yang sepatutnya ada. Setiap kali gaji macam biasa, kita akan bayar macam2 kan..lepas bayar jer gaji mesti ada baki dalam RM700 lebih untuk perbelanjaan bulanan. Tapi yang mengejutkan zana duit gaji zana tinggal RM200 lebih jer..mana yang lain-lain...puas juga zana fikir ngan suami zana...mana perginya duit yang sepatutnya ada dalam bank. 

Yang bertambah peliknya bila cek dalam online takda pulak unsur2 orang keluarkan duit zana. Tapi Syukur yang hilang tu duit zana jer...gaji suami alhamdulillah tak de sebarang masalah.

Tulah zana cakap 'sedut duit'.....Entah la betul ke idak..kalau betul ada aktiviti 'sedut duit' tu..pengajaran buat zana jugak ni sbb sebelum perkara ini berlaku ada seorang kawan zana mintak transferkan duit ke akaun dia sbb dia tak boleh kuarkan duit baki yang ada dkat ATM, masa tu zana transfer duit, zana tak bagitau suami pon..bila dah berlaku mcm ni...ha...baru teringat smula apa yang kita dah buat.

Tapi tak tahulah betul ke tidak, kerana transfers duit tu...duit zana bleh dicuri senyap2 atau erti kata lain 'sedut duit'.Wallahualam...

No comments:

Post a Comment